Bantuan RM800 mula dikreditkan bulan ini sehingga Februari tahun depan: Senarai penuh penerima

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan bagi membantu mereka yang berkelayakan dan memerlukan.

Ia termasuklah sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada mereka yang layak dan memerlukan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan BMT: –

Bantuan RM800

Di bawah Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar BMT kepada RM800 berbanding RM600 sebelum ini.

Bantuan ini pada asasnya merupakan sebuah inisiatif Kerajaan untuk meringankan beban kewangan pekebun kecil/penoreh getah yang berkelayakan semasa musim tengkujuh.

Syarat-syarat Kelayakan

Dimaklumkan bahawa bagi 1 lot, hanya seorang sahaja (Pekebun Kecil atau Penoreh) yang layak menerima bantuan. Berikut adalah syarat-syarat kelayakan BMT:

Pekebun Kecil (Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah)

  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA
  • Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 2.5 hektar
  • Pemilik tanah yang sah
  • Advertisement
    Advertisement
  • 1 lot tanah hanya seorang pemilik/penama sahaja yang layak menerima bantuan

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Penoreh (Bukan Pemilik Tanah)

  • Warganegara Malaysia
  • Penoreh yang berdaftar dengan RISDA
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar
  • 1 lot tanah hanya seorang penoreh/penama sahaja yang layak menerima bantuan
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah ketika permohonan dibuat

Tarikh Pembayaran

Bagi tahun ini, permohonan dan kemaskini BMT telah ditutup pada 15 September lalu.

Berkenaan dengan tarikh pembayaran pula, BMT akan dibayar secara berperingkat selama empat bulan iaitu bermula pada November 2023 hingga Februari 2024 dengan kadar RM200 setiap bulan.

Maklumat lengkap berkenaan bantuan ini boleh dirujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *