Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Salah satunya termasuklah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi tujuan masing-masing dengan peruntukan tertentu.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –
Bantuan Tunai i-Fitri
Bantuan i-Fitri pada asasnya merupakan sebuah bantuan tunai yang diberikan bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri oleh Kerajaan Negeri Terengganu.
Bantuan sebanyak RM300 akan diberikan kepada yang telah diluluskan permohonan mereka dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan:
Rakyat Terengganu dan menetap di Negeri Terengganu;
Maklumat pemohon mesti ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20);
Pemohon adalah pengundi berdaftar di Terengganu;
Penerima Bantuan i-Fitri tahun 2022 perlu mengemaskini maklumat permohonan dan dokumen di dalam sistem i-bantuan dalam tempoh permohonan;
Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) yang mempunyai tanggungan dengan jumlah pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM2,500 sebulan (termasuk gaji dan semua elaun tetap);
Peniaga berlesen adalah tidak layak memohon kecuali pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500 sebulan dan di sahkan oleh JPKK.
Berdasarkan laporan media, pembayaran Bantuan i-Fitri akan dibuat mulai 17 April 2023 (Isnin).
Pembayarannya akan dibuat secara tunai melalui Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing. Bagi tahun 2023, seramai 144,840 ketua isi rumah (KIR) layak menerima bantuan ini dengan membabitkan peruntukan sebanyak RM43.4 juta.