Dikreditkan Ke MyKad Mulai Bulan Ini (Januari 2025): Maklumat Penuh Bantuan SARA RM1,200

Golongan rentan merujuk kepada individu atau kumpulan yang menghadapi cabaran besar dalam menjalani kehidupan harian akibat kekangan tertentu seperti ekonomi, sosial, fizikal, atau emosi. Di Malaysia, golongan ini sering melibatkan kanak-kanak, warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, serta masyarakat berpendapatan rendah (B40).

Mereka bukan sahaja lebih terdedah kepada risiko kemiskinan, tetapi juga menghadapi kesukaran mendapatkan akses kepada keperluan asas seperti pendidikan, penjagaan kesihatan, dan peluang pekerjaan yang stabil.

Keadaan ini diperburuk oleh pelbagai faktor seperti peningkatan kos sara hidup, kekurangan peluang pekerjaan, dan cabaran kesihatan mental. Dalam situasi ini, golongan rentan memerlukan sokongan khusus daripada pelbagai pihak, termasuk kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), serta masyarakat secara keseluruhannya. Inisiatif seperti bantuan kewangan, sokongan pendidikan, dan penyediaan perkhidmatan kesihatan percuma amat penting untuk membantu mereka keluar daripada kitaran kesukaran ini.

Namun, apa yang sering dilupakan adalah bahawa membantu golongan rentan bukan sekadar memenuhi tanggungjawab sosial. Ia juga merupakan langkah penting untuk membina masyarakat yang inklusif dan seimbang.

Apabila golongan ini diberi peluang untuk meningkatkan taraf hidup mereka, kesannya dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat, termasuk pengurangan kadar jenayah, peningkatan produktiviti, dan kestabilan ekonomi.

Salah satu usaha membantu mereka yang memerlukan adalah melalui sebuah bantuan yang dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah atau SARA. Ini adalah maklumat tentang bantuan berkenaan.

Bantuan SARA 2025

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah bantuan tambahan yang diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Bantuan ini diberikan bagi membantu mereka yang memerlukan dan menepati syarat-syarat kelayakan dalam mendapani cabaran kos sara hidup.

Syarat-syarat kelayakan SARA 2025 ditetapkan seperti berikut:

SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

SARA Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan STR 2025

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

Kadar Bantuan SARA

Kadar bantuan SARA 2025 ditetapkan dari RM450 sehingga RM1,200 mengikut kategori penerima. Berikut adalah jadual jumlah bayarannya:

Pembayaran bantuan ini bagaimanapun akan dibuat ke MyKad penerima yang layak. Penerima SARA kemudiannya boleh menggunakan MyKad masing-masing untuk membeli barangan keperluan harian.

Pada ketika ini, a 13 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

Manakala, terdapat lebih daripada 1,200 rakan niaga di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Semakan Kelulusan SARA 2025

Untuk kelulusan SARA, semakan boleh dibuat secara dalam talian di Portal Rasmi STR dengan tatacara berikut:-

  • Klik log masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan Status
  • Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

Dalam masa sama, penerima SARA yang layak juga akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

Surat lulus STR 2025 bersekali kelayakan SARA turut akan dihantar ke alamat penerima seperti mana yang didaftarkan dalam permohonan STR.

Bagi maklumat yang lebih teliti tentang Sumbangan Asas Rahmah (SARA), sila teliti di Portal Rasmi STR – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *