Bantuan RM100 Akan Dikreditkan Terus Kepada Penerima Pada Tarikh Ini: Semak Maklumat Penuh Ini
Dalam kehidupan seharian, barangan keperluan harian memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan kelangsungan hidup individu dan keluarga. Sama ada tinggal di bandar mahupun di luar bandar, setiap isi rumah memerlukan bekalan asas seperti beras, gula, minyak masak, susu, sabun, ubat gigi, tisu, dan pelbagai barangan lain untuk meneruskan rutin harian dengan selesa dan teratur.
Walaupun ia sering dianggap sebagai perkara biasa, keperluan harian inilah yang menjadi tunjang kepada kesejahteraan hidup, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Dalam suasana ekonomi yang semakin mencabar, isu harga barangan keperluan harian kerap menjadi tajuk utama dalam perbincangan rakyat. Kenaikan harga makanan, bahan pencuci, produk kesihatan, dan barangan dapur sering kali memberi tekanan kepada perbelanjaan bulanan isi rumah. Setiap sen yang dibelanjakan perlu dikira dengan teliti agar tidak menjejaskan bajet keluarga. Tambahan pula, bagi keluarga besar, jumlah perbelanjaan bulanan untuk barangan keperluan harian boleh mencecah ratusan ringgit, malah ada yang mencecah ribuan, bergantung kepada jumlah ahli keluarga dan corak penggunaan.
Kerajaan juga menyedari betapa pentingnya barangan keperluan harian dalam kehidupan rakyat. Oleh itu, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan seperti program subsidi, Skim Harga Maksimum Musim Perayaan, dan bantuan tunai langsung untuk meringankan beban pengguna.
Dalam dunia yang serba pantas hari ini, pengguna juga semakin bijak dan berinformasi. Ramai yang menggunakan aplikasi perbandingan harga dan membeli barangan secara pukal atau ketika promosi berlangsung bagi menjimatkan perbelanjaan. Kesedaran tentang pengurusan kewangan isi rumah turut meningkat, dengan lebih ramai yang merancang pembelian dan mengelakkan pembaziran.
Secara keseluruhannya, barangan keperluan harian bukan sahaja memenuhi keperluan asas manusia, malah mencerminkan taraf hidup dan keupayaan ekonomi sesebuah keluarga. Pengurusan yang bijak dan sokongan berterusan daripada pihak kerajaan serta industri runcit amat penting untuk memastikan rakyat terus dapat menikmati keperluan asas dengan harga yang berpatutan dan berterusan.
Bagi meringankan beban golongan kos sara hidup, pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan dan inisiatif. Antaranya adalah melalui Sumbangan Asas Rahmah atau SARA.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sebuah program bantuan bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup. Bagi tahun ini, syarat-syarat kelayakan SARA ditetapkan seperti berikut:
- SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024 atau pada tarikh data semakan berkala.
- SARA Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan STR 2025
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
Kadar SARA 2025
Bagi tahun 2025, kadar SARA ditetapkan dari RM450 hingga RM2,100 mengikut kategori penerima:

Pembayaran SARA pula dibuat secara bulan dengan kadar antara RM50 hingga RM100 mengikut jadual berikut:

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
SARA RM100 Kepada Semua
Namun begitu, pada 23 Jun 2025 – pihak Kerajaan melalui Perdana Menteri telah mengumumkan pemberikan SARA sebanyak RM100 secara ‘one-off’ kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.
Pemberian itu adalah bersempena dengan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos nantu dan ia merupakan ikhtiar segera bagi meringankan beban sara hidup, selain sebagai penghargaan kepada rakyat yang memberi manfaat kepada 22 juta penduduk dengan peruntukan RM2 bilion.
Pembayaran bantuan ini akan dibuat secara kredit terus ke MyKad penerima, pada 31 Ogos 2025 dan boleh digunakan sehingga 31 Disember 2025.
Pembelian boleh dibuat secara tanpa tunai di lebih daripada 1,200 rakan niaga di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.
Barangan yang boleh dibeli pula adalah seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
Dengan pemberian SARA RM100 itu, makanya jumlah peruntukan STR dan SARA akan ditingkatkan daripada RM13 bilion kepada RM15 bilion bagi tahun 2025.
Selain itu, pihak Kerajaan juga bersetuju untuk mengisytiharkan tarikh 15 September 2025 (Isnin) sebagai hari kelepasan am tambahan bersempena Sambutan Hari Malaysia pada tahun ini.



