RM200 Dikreditkan Secara Automatik Bulan Ini (Mac 2025): Ini Penerima Bantuan Hari Raya Aidilfitri 2025
Hari Raya Aidilfitri adalah perayaan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Ia menandakan berakhirnya bulan Ramadan, bulan yang penuh dengan keberkatan, keinsafan, dan ibadah. Selepas sebulan berpuasa, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan penuh kegembiraan sebagai tanda kemenangan melawan hawa nafsu dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah.
Suasana pagi Aidilfitri biasanya dimulakan dengan solat sunat Aidilfitri di masjid atau surau. Umat Islam mengenakan pakaian baharu, melambangkan kesucian dan permulaan yang baru. Selepas itu, mereka bermaaf-maafan sesama ahli keluarga, sahabat, dan jiran tetangga. Budaya ini mencerminkan nilai-nilai murni seperti kasih sayang, hormat-menghormati, dan semangat kekeluargaan yang menjadi tunjang masyarakat Islam.
Satu lagi tradisi yang tidak dapat dipisahkan daripada Aidilfitri ialah kunjung-mengunjung. Rumah terbuka menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim tanpa mengira latar belakang. Hidangan seperti ketupat, rendang, lemang, dan kuih-muih tradisional menjadi penyeri meja, menggambarkan kepelbagaian budaya makanan dalam masyarakat Malaysia. Kanak-kanak pula paling gembira kerana selain menikmati juadah yang lazat, mereka juga menerima duit raya sebagai tanda kasih sayang daripada orang dewasa.
Namun, Hari Raya bukan sekadar tentang makanan dan perayaan. Ia juga mengingatkan kita tentang kepentingan bersedekah dan membantu golongan yang kurang berkemampuan. Ramai yang mengambil peluang ini untuk memberi sumbangan kepada fakir miskin, anak yatim, atau mereka yang memerlukan. Ini sejajar dengan semangat Ramadan yang menanamkan sifat ihsan dan keprihatinan dalam diri setiap Muslim.
Dalam masama sama, terdapat juga bantuan yang diperkenalkan khusus ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri. Ini adalah maklumat lanjut tentang bantuan yang telah diperkenalkan.
Bantuan Khas Kewangan Sempena Aidilfitri
Pada Januari lalu, Kerajaan Negeri Sembilan telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Sempena Aidilfitri sebanyak RM200 secara ‘one-off’.
Bantuan ini akan diberikan kepada sekitar 48 ribu orang penjawat awam persekutuan dengan peruntukan hampir RM10 juta. Ia adalah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas pengorbanan dan kerjasama penjawat awam negeri dan persekutuan dalam menggapai kejayaan Kejaraan Negeri Sembilan.
“Sumbangan RM200 kepada penjawat awam Negeri Sembilan kita sedia maklum penjawat awam di Negeri Sembilan ni ramai hampir 50,000 orang melibatkan tentera, guru-guru dan lain-lain.
“Kita beri RM200 ini sebagai menghargai pengorbanan mereka dalam kerjasama bersama agensi sedia ada. Ini memberikan kita kejayaan yang kita rasai hari ini,” kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Aminuddin Harun selepas Perhimpunan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2025 dan Pra-Pelancaran Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026.
Pembayaran Bantuan Khas Kewangan Sempena Aidilfitri
Antara syarat yang ditetapkan bagi melayakkan bantuan khas ini adalah pegawai lantikan tetap yang mengisi jawatan di perjawatan berdasarkan waran perjawatan di Jabatan/ Agensi Persekutuan di Negeri Sembilan dan pegawai yang masih berkhidmat pada 31 Disember 2024 dan sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut di Negeri Sembilan pada tahun 2024.
Mereka yang tidak layak menerima bantuan khas ini pula adalah:
- Pegawai yang berkhidmat kurang daripada 30 hari berturut-turut (termasuk semua jenis cuti bergaji penuh yang layak) bagi tempoh hingga 31 Disember 2024 di Negeri Sembilan;
- Pegawai yang dipinjam, ditukar sementara, ditempatkan atau ditugaskan di luar Negeri Sembilan;
- Pegawai yang sedang berkursus, bercuti belajar bergaji penuh, bercuti separuh gaji atau bercuti tanpa gaji melebihi tiga (3) bulan;
- Guru Interim;
- Pegawai badan-badan berkanun Persekutuan;
- Pegawai lantikan kontrak (Contract of Service dan Contract for Service), Pekerja Sambilan Harian atau MySTЕР.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Pembayaran bantuan khas ini akan dibuat secara automatik ke akaun penerima yang layak pada bulan Mac 2025. Dimaklumkan juga bahawa bantuan ini tidak melibatkan sebarang permohonan kerana ia diberikan secara automatik kepada setiap penerima.
Info terperinci dan penuh berkenaan bantuan khas ini boleh dilihat di Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus Bilangan 1 Tahun 2025 – DI SINI.