Ini Bayaran Tunai Insentif RM1000-RM2000 Yang Akah Dikreditkan Tahun Ini. Berikut Syarat Kelayakan

Tahun 2024 telah pun membuka tirainya. Pasti ramai tertanya-tanya, apakah bantuan yang akan disediakan oleh pihak kerajaan atau kerajaan negeri? Di dalam artikel ini akan diterangkan salah satu bantuan yang akan disediakan untuk mereka yang layak

Bantuan bulanan atau setiap bulan kepada penerima yang layak merupakan suatu inisiatif yang sangat baik untuk rakyat. Ia akan memberi manfaat secara konsisten kepada golongan yang telah berjasa kepada negara atau negeri.

Pihak kerajaan atau kerajaan negeri tidak pernah melupakan insiatif begini. Oleh sebab itu, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan. Antaranya adalah bantuan berikut: –

Bayaran Insentif Awal RM1000-RM2000

Kerajaan bersetuju memberikan Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kepada penjawat awam dan pesara sementara menunggu Kajian SSPA yang dijangka dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan.

Penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak terima Bayaran Insentif Awal RM2000, dibayar akhir Februari 2024. Insentif RM1000 pula diberikan kepada pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen

Senarai Penerima

Untuk makluman semua,bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam yang akan dibuat pada akhir Februari 2024 (melibatkan semua
termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform) seperti berikut:

Advertisement
Advertisement
  • Bayaran Insentif RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak;
  • Bayaran Insentif RM1,000 kepada semua JUSA; dan
  • Bayaran Insentif RM1,000 turut dipanjang kepada semua pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

Tarikh Bayaran

Bayaran insentif ini akan dibuat pada akhir Februari 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal.

Maklumat SSPA

Kali terakhir semakan skim gaji dan elaun tetap penjawat awam yang  dilaksanakan pada tahun 2012. Maka bermula tahun ini semakan akan dibuat semula. Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sedang giat dilakukan untuk meneliti keperluan semua skim perkhidmatan dan dijangka akan dimuktamadkan pada penghujung tahun 2024.

Manfaat Bantuan Lain

Selain kajian SSPA, demi memastikan nasib penjawat awam terbela, Kerajaan bersetuju supaya liputan Skim Ex-Gratia Bencana Kerja ditambah baik dan had siling gaji ditingkatkan daripada RM4,000 kepada RM6,000 selaras dengan pindaan Skim PERKESO bagi sektor swasta.

Ini akan membolehkan kadar bayaran faedah di bawah Skim Ex-Gratia Bencana Kerja meningkat sehingga 50% atau sekitar RM1.6 juta Dengan kata lain, penjawat awam atau waris akan menikmati tuntutan pampasan yang lebih tinggi sekiranya berlaku kemalangan semasa bertugas.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *