Bantuan Kerajaan RM2,000 dikreditkan bulan depan: Tak perlu memohon & senarai penerima

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi tujuan masing-masing dengan peruntukan tertentu.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan Kerajaan RM2,000

Di bawah Belanjawan 2024, pihak Kerajaan telah mengumumkan sebuah bantuan tunai yang dikenali sebagai Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Bantuan ini akan melibatkan pemberian tunai sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Dalam masa sama, bayaran insentif sebanyak RM1,000 juga akan diberi kepada jawatan utama sektor awam melibatkan semua pihak termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.

Selain itu, semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen turut layak menerima bayaran insentif RM1,000.

Bantuan ini diperkenalkan sementara pihak kerajaan menyemak semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam yang kali terakhir dilaksanakan pada 2012.

“Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) ini akan meneliti keperluan semua skim perkhidmatan dan dijangka akan dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan (2024),” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat.

Advertisement
Advertisement

Tarikh Pembayaran

Untuk makluman, pembayaran bantuan tunai ini akan dibuat pada bulan Februari 2024 secara sekaligus kepada penerima yang layak. Cara pembayaran pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima.

Bulan Februari dipilih bagi meringankan beban mereka yang mempunyai anak bagi membuat persediaan persekolahan anak-anak dan persiapan menjelang Ramadan dan Syawal.

Di bawah Belanjawan sama, pihak kerajaan juga bersetuju memperluas kemudahan bantuan bayaran pakaian menghadiri upacara rasmi meliputi pakaian batik Malaysia untuk semua penjawat awam yang layak, sebagai langkah menggalakkan penghasilan batik Malaysia berkualiti tinggi.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) juga diteruskan bagi tahun 2024 dengan meliputi golongan B40 dan M40 berkelayakan berdasarkan tangga pendapatan dan bilangan tanggungan.

Pembayaran STR Fasa 1 akan dibuat pada bulan hadapan iaitu Februari 2023.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Maklumat lebih terperinci berkenaan Belanjawan 2024 boleh dilihat di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *