Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh RM800 dibuka bulan ini (Jun 2024): Berikut cara memohon

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang berkelayakan dan memerlukan. Ia termasuklah sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada mereka yang layak dan memerlukan.

Bantuan ini diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu dan ia diteruskan pada tahun 2024 ini. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan BMT: –

Bantuan Musim Tengkujuh RM800

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) adalah sebuah inisiatif yang diperkenalkan untuk meringankan beban kewangan pekebun kecil atau penoreh getah yang berkelayakan semasa musim tengkujuh. Malah pihak Kerajaan juga telah bersetuju untuk menaikkan kadar BMT ini dari RM600 kepada RM800.

Berkenaan dengan syarat-syarat kelayakan BMT, ia diberikan kepada Pekebun Kecil yang memiliki dan mengusahakan lot bertanam getah atau Penoreh yang tidak memiliki dan menoreh di lot bertanam getah dengan jumlah keluasan tanah adalah 2.5 hektar ke bawah. Syarat-syarat kelayakan mengikut kategori adalah seperti berikut:

  • Pekebun Kecil Getah
    • Warganegara Malaysia sahaja.
    • Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA.
    • Memiliki jumlah keluasan milikan tanah 0.1 hingga 2.5 hektar secara agregat.
    • Pemilik tanah yang sah.
    • Satu lot hanya seorang penerima sahaja (tanpa mengambil kira bilangan ahli kongsi).
    • Seorang pekebun kecil hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.
  • Penoreh Getah
    • Warganegara Malaysia.
    • Penoreh yang berdaftar dengan RISDA.
    • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar.
    • Mendapat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah.
    • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) atau Slip Pengaktifan PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat.
    • Satu lot hanya seorang penerima bantuan sahaja.
    • Seorang penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.

Cara Memohon

Bagi mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan Bantuan Musim Tengkujuh boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Pekebun Kecil RISDA. Selain itu, permohonan bantuan ini juga boleh dibuat di mana-mana Pejabat RISDA berhampiran.

Dokumen-dokumen yang diperlukan semasa permohonan pula adalah seperti di bawah:

  • Pekebun Kecil yang bukan di bawah mana-mana Agensi 
    • Kad Pengenalan pemohon dan salinan
    • Geran asal tanah dan salinan
    • Salinan buku akaun bank yang aktif
  • Penoreh Bukan Pemilik 
    • Kad Pengenalan pemohon dan salinan
    • Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah
    • Salinan geran lot yang ditoreh
    • Salinan buku akaun bank yang aktif
    • Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slup pengaktifan Kad PAT-G
    • Surat pengesahan daripada pemilik tanah/wakil yang sah
  • Pekebun Kecil di bawah Agensi 
    • Kad Pengenalan pemohon dan salinan
    • Geran asal tanah dan salinan (jika memiliki tanah bergeran atau mempunyai dokumen hakmilik tanah yang sah)
    • Salinan buku akaun bank yang aktif
    • Surat pengesahan daripada Agensi
    • Salinan Kad PAT-G (Wajib bagi permohonan di bawah Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) dan JAKOA sahaja)

Permohonan dibuka mulai 1 Jun 2024 akan di akan ditutup pada 30 September 2024.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Berdasarkan pelaksanaan BMT tahun 2024, pembayarannya dibuat secara empat fasa dengan kadar RM200 setiap fasa. Pembayaran ini dibuat secara pada bulan November hingga Februari.

Kaedah pembayaran pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima. Pada tahun lalu juga seramai 318,750 pekebun kecil getah menerima Bantuan Musim Tengkujuh ini.

Bagi maklumat lengkap berkenaan bantuan ini dan permohonannya, ia boleh dirujuk di Portal Pekebun Kecil RISDA – DI SINI.

RISDA adalah adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) dan ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah kuasa yang diluluskan oleh Parlimen. Fungsi utama RISDA adalah melaksana dasar dan program pembangunan; menyelaras Skim yang diluluskan; melaksana pembaharuan penyelidikan; menggalakkan pengeluaran getah berkualiti tinggi; memberikan perkhidmatan teknikal dan perundingan; menyedia dan membekal, input pertanian berhasil tinggi dan menggalakkan pemasaran getah yang cekap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *