Pendapatan Isi Rumah RM3,000 & Ke Bawah: Ini Bantuan RM50 Setiap Bulan Untuk Anak Anda

Di setiap negeri di Malaysia pastinya terdapat isi rumah yang berpendapatan RM3,000 & ke bawah. Golongan ini dikategorikan sebagai golongan B40 di Malaysia.

Oleh itu, menjadi kewajipan kepada pihak kerajaan negeri atau persekutuan untuk membantu mereka dalam sudut tertentu agar mereka dapat meneruskan kehidupan harian mereka dengan lebih baik.

Bagi golongan isi rumah di bawah RM3,000 dan ke bawah, ini berita baik untuk anda kerana terdapat bantuan oleh pihak kerajaan negeri yang anda boleh manfaatkan. Bantuan ini adalah dalam bentuk bantuan kewangan yang akan diterangkan seperti di bawah:

Bantuan Tunas Bantuan Kewangan Setiap Bulan

Bagi golongan isi rumah RM3,000 & ke bawah, anda tidak perlu risau lagi untuk hantar anak ke tadika. Ini kerana kerajaan negeri Selangor berbesar hati untuk membantu anda dari segi bantuan kewangan melalui Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS).

Jumlah Bantuan

Bantuan ini adalah bantuan untuk yuran tadika sebanyak RM50 setiap bulan bagi anak berumur 5 dan 6 tahun. Bantuan ini sangat penting kerana ia akan meringankan beban kewangan ibu bapa dalam menyediakan pendidikan awal untuk anak-anak mereka.

Syarat-Syarat Kelayakan

Bagi bantuan Tunas ini, syarat-syarat kelayakan telah ditetapkan bagi memastikan pemohon betul-betul layak untuk mendapatkan bantuan ini. Antara syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:

1) Pemohon mestilah warganegara Malaysia

2) Pemohon mestilah sama ada:
-Ibu ATAU bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor
-ATAU anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor
-ATAU ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun.

3) Perlu mendapat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Taman Perumahan / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal

4) Pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah

5) Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja

6) Anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja

7) Untuk Anak yang belajar di TADIKA BERDAFTAR sahaja

Advertisement
Advertisement

Cara Bantuan Disalurkan

Cara bantuan ini disalurkan adalah berbeza dari kebiasaan iaitu ia akan disalurkan terus kepada TADIKA yang mempunyai sijil pendaftaran dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNs), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara (JPN).

Semakan Tadika Yang Berdaftar

Oleh itu, tadika yang anak anda sertai mestilah terlebih dahulu disemak untuk memastikan ia adalah tadika yang berdaftar dengan salah satu badan yang telah dinyatakan.

Untuk menyemak senarai tadika yang layak di bawah bantuan Tunas, anda boleh ke pautan berikut: https://tunasv2.yawas.my/admin/list_tadika.php

Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan

Setiap bantuan mempunyai senarai dokumen yang diperlukan untuk melayakkan mereka menerima bantuan. Berikut merupakan senarai dokumen yang diperlukan:

-Cetak Borang Permohonan
-Salinan Sijil Lahir / Mykid Anak
-Salinan MyKad Ibu
-Salinan MyKad Bapa
-Salinan Perakuan Anak Angkat / Sijil Kematian / Sijil Cerai (Jika Perlu)
-Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan IBU Sekiranya Ibu Tidak Bekerja Perlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan BAPA sekiranya Bapa Tidak BekerjaPerlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat
Cop Pengesahan Tadika Tempat Anak Belajar

Bagi Pemohon Yang Bukan Kelahiran Selangor, Berikut Adalah Dokumen Tambahan Yang Perlu Dilampirkan:

-Salinan Bil Air / Bil Elektrik / TM / ASTRO / Muka Depan Buku Merah IBU
-Cop Pengesahan Bermastautin
(Bagi Permohonan Baru Sahaja)

Cara Memohon Bantuan

Bagi yang sudah melengkapkan dokumen, ia hendaklah dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran online dilakukan ke emel pendaftarantunas@gmail.com atau alamat berikut :

Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas),
Aras 5, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7
Persiaran Kayangan
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel 03-5481 8800

Maklumat Tambahan

Sila lengkapkan secepat mungkin ini kerana sebarang kelewatan penghantaran dokumen tidak akan diproses dan dianggap tidak berjaya.

Advertisement
Advertisement