Bantuan Kewangan Asasi RM3,920 setahun untuk penerima B40: Senarai mereka yang layak
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Antaranya termasuklah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi tujuan masing-masing dengan peruntukan tertentu.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –
Bantuan Kewangan Asasi
Di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), terdapat sebuah insiatif yang dikenali sebagai Bantuan Kewangan Asasi.
Bantuan ini pada asasnya bertujuan untuk membantu para pelajar daripada golongan B40 dan M40 yang sedang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam.
Kadarnya adalah berbentuk Elaun Wang Saku sebanyak RM2,500 setahun serta Yuran Pengajian dan Yuran Penginapan sebanyak RM1,420 setahun.
Bagi pelajar daripada Sabah, Sarawak dan Labuan pula, mereka layak menerima tambang penerbangan di bawah bantuan ini.
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon adalah warganegara Malaysia;
- Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam dengan pendapatan keluarga dari kelompok B40 dan M40;
- Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya;
- Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Cara Memohon
Untuk yang memenuhi syarat-syarat, permohonan Bantuan Kewangan Asasi ini boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM.
Pemohon juga perlu menyemak dan mencetak sendiri dokumen tawaran seperti berikut:
- Surat tawaran;
- Borang perjanjian (3 salinan, borang kosong boleh difotokopi);
- Borang penyata kewangan penjamin;
- Panduan mengisi borang perjanjian;
- Dokumen perjanjian yang telah lengkap hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran;
- Tuntutan bayaran pelajar asasi sedia ada akan dibuat melalui pihak pentadbir Universiti Awam masing-masing pada setiap semester.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Bagi info yang lebih teliti tentang bantuan ini sila lihat di Portal Rasmi KPM – DI SINI.