Bantuan Tunai RM350-RM2,500 Mula Dikreditkan Ke Akaun Penerima Pada Februari Ini. Ini Syarat Kelayakan & Senarai Penerima
Pada setiap tahun, pihak Kerajaan akan menyediakan bantuan tunai untuk dimanfaatkan kepada pembangunan negara dan rakyat. Bantuan ini termasuk dalam bentuk tunai kepada rakyat.
Merangkumi peruntukan berkenaan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan. Antaranya adalah bantuan berikut: –
Senarai Bantuan RM350-RM2,500
Isi Rumah (Asas) Berpendapatan RM2,500 atau kurang
- Bilangan anak 0: RM1,000
- Bilangan 1-2: RM1,500
- Bilangan anak 3-4: RM2,000
- Bilangan anak lebih 5: RM2,500
Isi Rumah (Asas) Berpendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: RM500
- Bilangan 1-2: RM750
- Bilangan anak 3-4: RM1,000
- Bilangan anak lebih 5: RM1,250
Warga Emas Bujang: RM600
Bujang Berpendapatan RM2,500 atau kurang: RM350
Senarai Penerima:
- Isi Rumah (Asas) Berpendapatan RM2,500 atau kurang
- Isi Rumah (Asas) Berpendapatan RM2,501 – RM5,000
- Warga Emas Bujang
- Bujang Berpendapatan RM2,500 atau kurang
Tarikh Pembayaran
Untuk pengetahuan semua, pemberian STR 2024 akan memanfaat 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa negara ini. Pihak Kerajaan juga meningkatkan peruntukan STR 2024 kepada RM2 bilion atau 25 peratus iaitu daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion.
Bagi pembayaran pertama STR 2024, ia akan dibuat sebelum Ramadan atau bulan Februari tahun ini. Berita gembira untuk semua apabila bayaran pertama STR untuk isi rumah tahun hadapan juga dinaikkan kepada RM500.
Tempoh Permohonan
Tempoh permohonan adalah sepanjang tahun mulai 1 NOVEMBER 2023
Kaedah Permohonan :
- Secara dalam talian di Portal STR 2024 https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Secara pengemukaan borang ke pejabat HASiL berdekatan.
Nota:
i. Lokaliti / Pejabat Satelit (PS) di Negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor, waktu operasi Kaunter STR pada hari Khamis adalah sehingga jam 3.30 petang.
ii. Kaunter STR tidak dibuka pada Cuti Hujung Minggu, Cuti Umum dan Cuti Negeri (bagi Negeri yang terlibat) *tertakluk kepada pindaan
iii. Bagi Kaunter STR yang tidak beroperasi pada tarikh di atas, notis pemakluman kepada umum akan dipamerkan di LHDNM / Pejabat Satelit (PS) berkenaan.
iv. Waktu pembukaan Kaunter STR adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.
Adalah dimaklumkan Portal STR 2024 sedang dalam penyelenggaraan berkala mulai 8 Disember sehingga 11 Disember 2023 Skrin Permohonan Baharu dan Kemas Kini Maklumat secara dalam talian akan tergendala sepanjang tempoh tersebut. Sebarang Permohonan Baharu dan Kemas Kini Maklumat dalam tempoh di atas boleh dilakukan secara pengemukaan borang kertas ke Pejabat HASiL berdekatan.