Syarat Kelayakan Dinaikkan. Ini Cara Mendaftar & Memohon Bantuan Kewangan TBS RM300 One-Off
Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.
Secara umumnya, pasti ramai dalam kalangan kita yang terjejas pendapatan isi rumahnya atas pelbagai faktor. Oleh itu, kita memerlukan bantuan kewangan tambahan untuk terus menampung kehidupan seharian.
Salah satu pakej bantuan yang baru diperkenalkan adalah Tabung Bantuan Segera (TBS) yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai TBS yang anda perlu tahu jika berkelayakan.
Tujuan TBS
- Pemberian bantuan segera yang diberi serta merta secara sekaligus (One-off) kepada kumpulan sasar yang layak dan terdesak;
- Menyediakan Program berbentuk Pendampingan Sosial (Outreach)/ Program Cari & Bantu (Search & Serve) kepada kumpulan sasar;
- Membantu dalam menangani isu-isu berkaitan kebajikan kumpulan sasar;
- Menyediakan ruang dan peluang kepada PKMD dan pemimpin tempatan untuk berinteraksi dan menyelesaikan permasalahan kumpulan sasar dengan kadar segera;
- Perkhidmatan JKM yang peka dan prihatin terhadap keperluan dan permasalahan kumpulan sasar.
Kadar Bantuan TBS
Jika layak, anda akan menerima bayaran maksimum RM300 sekaligus; atau (Bagi bayaran bulan pertama bantuan bulanan/ refund adalah mengikut kadar bantuan bulanan yang diluluskan).
Syarat Kelayakan Untuk Menerima TBS
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Kategori kes seperti di Lampiran 1(b);
ATAU - Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri (PKMN).
Borang Yang Diperlukan Untuk Memohon
Cara Memohon
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Syarat Kelayakan Dinaikkan
Dalam bajet 2022, kerajaan telah menaikkan syarat kelayakan kebajikan daripada RM980 kepada RM1,169. Oleh itu, jika anda mempunyai pendapatan RM1,169 ke bawah, anda boleh menikmati skim-skim bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Salah satu daripada skim tersebut adalah Tabung Bantuan Segera (TBS).