Pendapatan Isi Rumah Kurang Dari RM3,000 & Ke Bawah. Ini Cara Mohon Bantuan TUNAS RM50 Sebulan
Bagi mereka yang memerlukan bantuan kewangan, berita gembira buat anda kerana masih terdapat beberapa pakej bantuan yang akan disalurkan oleh pihak yang terlibat.
Bukan sahaja Sumbangan Tunai Rahmah (STR), bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kerajaan negeri tertentu telah meluluskan pelbagai pakej bantuan kewangan yang merangkumi semua kategori yang memerlukan.
Salah satu bantuan yang ramai terlepas pandang adalah Bantuan TUNAS RM50 Sebulan yang mungkin ramai yang terlepas pandang, tetapi layak mendapatkannya.
Jumlah Bantuan
Program ini bertujuan membantu meringankan beban ibu-bapa membayar yuran TADIKA anak-anak mereka. Kerajaan Negeri Selangor menyumbangkan bantuan RM50 setiap bulan kepada mereka yang layak. Bantuan ini disalurkan terus kepada TADIKA yang berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor.
Syarat Kelayakan
- Berikut adalah syarat-syarat kelayakan bagi program ini:
- Pemohon mestilah warga negara Malaysia
- Pemohon mestilah sama ada:
- Ibu ATAU bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor
- ATAU anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor
- ATAU ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun. Perlu mendapat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Taman Perumahan / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal
- Pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah
- Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja
- Anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja
Cara Memohon Bantuan
Bagi mereka yang berkelayakan, anda boleh memohon di pautan berikut: https://ssipr.selangor.gov.my/kekeluargaan/skim-bantuan-tadika-selangor-tunas/