Salah satunya termasuklah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi tujuan masing-masing dengan peruntukan tertentu.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –
Subsidi Yuran Taska
Seperti mana yang diumumkan melalui Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah bersetuju memperkenalkan Subsidi Yuran Taska sebanyak RM180 bagi seorang anak.
Bantuan ini adalah diberikan khusus kepada para penjawat awam dengan tujuan untuk meringankan beban mereka.
Syarat-syarat Kelayakan
- Penjawat awam bergaji RM7,000 ke bawah;
- Anak berumur di bawah empat tahun pada tarikh anak didaftar masuk ke Taska
- Hanya Taska di tempat kerja sektor awam dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Dimaklumkan bahawa sekiranya kadar yuran melebihi RM180 sebulan untuk seorang anak, baki selebihnya akan ditanggung oleh pegawai berkenaan.
Permohonan bantuan ini boleh dibuat melalui Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi Kerajaan di mana pegawai tersebut berkhidmat. Pemohon perlu mengisi dengan lengkap segala maklumat yang diperlukan pada borang permohonan.
Permohonan hendaklah disokong oleh Ketua Jabatan agensi berkenaan bersama-sama dengan dokumen sokongan berikut:
- Salinan penyata gaji;
- Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak;
- Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak dan Sijil Pengangkatan daripada Jabatan Pendaftaran Negara jika anak angkat/anak pelihara;
- Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak dan dokumen menunjukkan hubungan dengan anak tersebut jika anak tiri;
- Salinan penyata gaji suami/isteri;
- Bagi suami/isteri yang tidak berkhidmat dengan Kerajaan sama ada suri rumah, bekerja sendiri atau bekerja di sektor swasta, dokumen atau keterangan berkaitan perlu disahkan oleh Ketua Jabatan pegawai.
Bagi info yang lebih teliti tentang bantuan ini, sila lihat di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.