Bantuan BMT RM300 telah mula dikreditkan: Berikut adalah senarai penerima & cara buat semakan

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan bagi membantu mereka yang berkelayakan dan memerlukan.

Ia termasuklah sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada mereka yang layak dan memerlukan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan BMT: –

Penerima BMT

Berdasarkan pembentangan Bajet Mini 2023, pihak Kerajaan telah bersetuju menaikkan kadar BMT dari RM600 sebelum ini, kepada RM800 bagi tahun 2023.

Bantuan ini akan melibatkan para peneroka tanaman getah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dengan jumlah peruntukan sebanyak RM9.7 juta.

Mereka yang layak menerima bantuan ini adalah:

  • Peneroka tanaman getah yang menghantar hasil ke pusat mengumpul getah FELDA;
  • Mereka yang tiada hasil kerana isu buruh atau serangan penyakit pokok getah ;
  • Mereka yang sedang dalam tempoh tanam semula bersama FELDA.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Tarikh Pembayaran BMT

Bantuan ini akan dibayar sebanyak tiga fasa iaitu pada bulan Januari, Februari dan Mac 2023. Jumlah bantuan pula adalah seperti berikut:

  • Fasa 1 : RM300
  • Fasa 2 : RM300
  • Fasa 3 : RM200

Kaedah pembayarannya bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun penerima terbabit.

Menurut kenyataan FELDA, bantuan yang menggunakan sepenuhnya dana dalaman badan itu diharap dapat meringankan beban peneroka tanaman getah yang terjejas ketika musim tengkujuh ini.

“Bantuan ini juga adalah cerminan komitmen FELDA untuk terus memberikan bantuan secara bersasar kepada kategori peneroka yang terkesan,” petikan kenyataan itu.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *