Bagi Belanjawan 2023 – pihak Kerajaan memperuntuk sebanyak RM388.1 bilion, dengan RM289.1 bilion bagi belanja mengurus, RM99 bilion bagi belanja pembangunan, termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.
Merangkumi peruntukan-peruntukan berkenaan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan.
Bantuan RM500 KWSP
Sejak beberapa tahun ini, pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis program di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merangkumi seperti i-Sinar; i-Lestari; i-Citra dan sebagainya.
Nampaknya bagi tahun 2023 ini – pihak Kerajaan tidak mengumumkan sebarang kebenaran pengeluaran simpanan KWSP melalui mana-mana program.
Namun begitu, melalui Belanjawan 2023 – pihak Kerajaan telah bersetuju memberikan Bantuan Kewangan RM500 kepada para ahli KWSP yang berkelayakan.
Pelaksanaannya adalah dengan menambah caruman sebanyak RM500 ke dalam simpanan Akaun 1 KWSP bagi pencarum berusia 40 hingga 54 tahun yang memiliki baki simpanan kurang RM10,000 dalam akaun masing-masing.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 berkata – inisiatif itu adalah sebahagian usaha Kerajaan untuk membantu mereka membina semula simpanan persaraan yang berkurangan susulan pengeluaran-pengeluran sebelum ini.
“Kini setelah rakyat beransur-ansur bangkit untuk membina semula kehidupan, kebanyakan rakyat menggunakan pendapatan yang diterima bagi menyara kehidupan, sementara simpanan hari tua masih rendah.
“Kerajaan beriltizam membantu rakyat membina semula simpanan persaraan mereka bagi memastikan simpanan yang ada kelak mencukupi untuk membiayai hari persaraan,” katanya di Dewan Rakyat.
Bagi info yang lebih teliti tentang Belanjawan 2023 dan bantuan KWSP ini, sila lihat di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.
