Bantuan Kewangan BMT Dinaikkan Sehingga RM800. Ini Cara Memohon & Senarai penerima
Bagi mereka yang memerlukan bantuan kewangan, berita gembira buat anda kerana masih terdapat beberapa pakej bantuan yang akan disalurkan oleh pihak yang terlibat.
Bukan sahaja Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kerajaan telah meluluskan pelbagai pakej bantuan kewangan yang merangkumi semua kategori yang memerlukan.
Salah satu bantuan tersebut adalah bantuan BMT yang dinaikkan yang mungkin ramai yang terlepas pandang, tetapi layak mendapatkannya.
Kadar Bantuan
Menrutu Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada pekebun kecil getah negara ini dinaikkan kepada RM800 berbanding RM600 sebelum ini.
RM200 sebulan selama empat bulan dan akan memanfaatkan 320,000 pekebun kecil.
Kaedah Pembayaran Bantuan
Bantuan akan disalurkan melalui Sistem Perbankan Elektronik kepada akaun bank penerima berdasarkan nombor akaun yang telah disahkan di dalam sistem E-BMT.
Syarat Kelayakan Penerima BMT
Terdapat dua kategori dengan syarat kelayakan yang berbeza. Berikut adalah penerangannya secara lebih terperinci:
1. Syarat Kelayakan Bagi Pekebun Kecil RISDA
- Warganegara Malaysia
- Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA
- Keluasan 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar
- Pemilik tanah yang sah
- Seorang penerima sahaja untuk 1 lot tanah
2. Syarat Kelayakan Bagi Penoreh Bukan PemilikĀ
- Warganegara Malaysia
- Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
- Pengesahan pemilik tanah yang sah
- Seorang penerima sahaja untuk 1 lot
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah
Cara Memohon BMT 2023
Bagi mereka yang memenuhi syarat serta memerlukan bantuan ini, anda boleh mengikut langkah-langkah berikut:
- Melakukan semakan secara atas talian di pautan berikut: http://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/
- Pemohon boleh pergi ke pejabat RISDA berdekatan melalui temujanji