Bantuan Tunai RM500 Hingga RM3,700 Akan Dikreditkan Secara Berperingkat. Senarai Penerima & Syarat Kelayakan

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Antaranya adalah bantuan kewangan kepada golongan tertentu yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024.

Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:-

Bantuan STR Dinaikkan

Berita baik untuk semua apabila Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan diteruskan pada tahun hadapan dengan pembayaran yang lebih banyak lagi.

• Pemberian STR akan memanfaat 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia.
• Peruntukan STR meningkat sebanyak 2 bilion ringgit atau 25 peratus iaitu daripada 8 bilion ringgit kepada 10 bilion ringgit.
• Kadar maksimum STR juga meningkat daripada 3,100 ringgit kepada 3,700 ringgit.
• Kadar minimum STR iaitu untuk golongan bujang juga meningkat daripada 350 ringgit kepada 500 ringgit.
• Bayaran pertama STR untuk isi rumah biasanya maksimum 300 ringgit. Untuk STR 2024, bayaran pertama STR dinaikkan kepada 500 ringgit yang Insya-Allah akan disalurkan sebelum Ramadan.

Senarai Penerima

Bantuan ini akan diberikan kepada penerima dari kalangan B40 dan M40, mengikut tingkat pendapatan dan bilangan tangungan.

Seperti mana pemberian STR sebelum ini, penerimanya adalah mereka dari kalangan berikut:

  • Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • Bilangan anak 0
    • Bilangan anak 1 – 2
    • Bilangan anak 3 – 4
    • Bilangan anak 5 & ke atas
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0
    • Bilangan anak 1 – 2
    • Bilangan anak 3 – 4
    • Bilangan anak 5 & ke atas
  • Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Tarikh Pembayaran

Untuk makluman, pemberian STR 2024 akan memanfaat 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa negara ini. Pihak Kerajaan juga meningkatkan peruntukan STR 2024 kepada RM2 bilion atau 25 peratus iaitu daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion.

Bayaran pertama STR untuk isi rumah tahun hadapan juga dinaikkan kepada RM500. Bagi pembayaran pertama STR 2024, ia akan dibuat sebelum Ramadan atau bulan Februari tahun hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *