Permohonan Bantuan Tunai RM350-RM2,000 dari Kerajaan telah dibuka. Berikut cara memohon & senarai kelayakan

Bantuan tunai merupakan salah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan bagi mengurangkan beban kos sara hidup yang dihadapi oleh mereka yang memerlukan.

Melalui Belanjawan 2024 pula, lebih banyak berita baik untuk kategori B40 dan mereka yang berpendapatan isi rumah RM5,000 & ke bawah.

Berikut ialah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan berkenaan:

Senarai Penerima Yang Layak

  1. Isi Rumah (Asas) Berpendapatan RM2,500 atau kurang
  2. Isi Rumah (Asas) Berpendapatan RM2,501 – RM5,000
  3. Warga Emas Bujang
  4. Bujang Berpendapatan RM2,500 atau kurang

Jumlah Bantuan Bagi Setiap Kategori

Isi Rumah (Asas) Berpendapatan RM2,500 atau kurang

  • Bilangan anak 0: RM1,000
  • Bilangan 1-2: RM1,500
  • Bilangan anak 3-4: RM2,000
  • Bilangan anak lebih 5: RM2,500

Isi Rumah (Asas) Berpendapatan RM2,501 – RM5,000

Advertisement
Advertisement

  • Bilangan anak 0: RM500
  • Bilangan 1-2: RM750
  • Bilangan anak 3-4: RM1,000
  • Bilangan anak lebih 5: RM1,250

Warga Emas Bujang: RM600

Bujang Berpendapatan RM2,500 atau kurang: RM350

Cara Memohon

Permohonan STR dibuka sepanjang tahun mulai 1 November 2023 dan boleh dikemukakan pada bila-bila masa sepanjang tahun. Untuk melakukan permohonan sila ke laman web berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Tarikh Pembayaran

Bayaran pertama STR untuk isi rumah tahun hadapan juga dinaikkan kepada RM500. Bagi pembayaran pertama STR 2024, ia akan dibuat sebelum Ramadan atau bulan Februari tahun hadapan. Berikut jadual penuh tarikh pembayaran.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *