Pengambilan jawatan kosong terkini di LADA Julai 2022: Tawaran gaji RM2,600/sebulan
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.
Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain.
Berikut adalah maklumat berkenaan kekosongan jawatan yang dibuka: –
Jawatan Kosong
PENOLONG EKSEKUTIF
- Taraf Jawatan: Contract For Service (CFS)
- Gaji: RM2,600
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon hendaklah merupakan warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup hebahan jawatan;
- Syarat-syarat kelayakan akademik boleh dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Kepada calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan yang ditawarkan ini boleh dibuat secara atas talian seperti mana yang ditetapkan oleh pihak majikan.
Borang permohonan yang lengkap perlu dilampirkan bersama dokumen-dokumen berikut:
- Kad Pengenalan;
- Sijil Kelahiran;
- Sijil Berhenti Sekolah;
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
- Sijil Ijazah Sarjana Muda;
- Transkrip Akademik.
Setiap permohonan yang dihantar juga hendaklah ditulis ‘Penolong Eksekutif’ di bahagian sebelah kiri sampul surat dan dihantar ke alamat:
Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Pembangunan Langkawi
Tingkat 3, Kompleks LADA
Jalan Persiaran Putra
07000 Kuah, Langkawi
KEDAH DARUL AMAN
(u.p. Bahagian Sumber Manusia & Khidmat Pengurusan)
Calon disarankan untuk memohon jawatan yang selaras dan menepati kelayakan. Calon juga bertanggungjawab untuk memberikan maklumat yang benar dan tepat.
Tarikh tutup pada 14 Julai 2022 (Khamis)
Hanya calon-calon yang layak berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temuduga oleh pihak majikan.
Maklumat terperinci berkenaan kekosongan jawatan boleh dibaca DI SINI.