Bantuan Tunai BUDI RM2,000 tahun 2023: Senarai penuh penerima & panduan memohon

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Antaranya termasuklah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi tujuan masing-masing dengan peruntukan tertentu.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan BUDI

BUDI atau Bantuan Pendaftaran IPT adalah sebuah bantuan tunai yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sabah dengan kadar berikut:

  • RM1,500: Diploma/Asasi/Matrikulasi
  • RM2,000: Ijazah Sarjana Muda

Syarat-syarat Kelayakan

  • Permohonan terbuka kepada pelajar yang akan melanjutkan pengajlan ke Institut Pengajlan Tinggl Awam/Swasta tahun 2023 sepenuh masa sahaja bagi kemasukan kali pertama ke IPT di seluruh Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan;
  • Pemonon adalah warganegara Malaysia berasal dari Sabah dan berumur tak lebih dari 25 tahun;
  • Ibu dan bapa pemohon atau penjaga adalah golongan B40 dan M40 (salah seorang ibubapa berasal dari Sabah;
  • Mendapat pengesahan kemasukan (telah mendaftar) di IPT.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Untuk yang memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan, permohonan bantuan kewangan ini boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi BUDI Sabah.

Panduan memohon adalah seperti berikut:

  • Sila layari laman sesawang BUDI Sabah;
  • Tekan butang daftar disebelah kanan untuk membuat akaun bagi membolehkan anda memohon bantuan ini;
  • Masukkan No K.P dan emel yang betul;
  • Selepas menekan butang daftar sila semak emel yang didaftarkan untuk pengesahan akaun bagi membolehkan anda membuat permohonan.

Bagi info yang lebih teliti tentang bantuan ini sila lihat – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *