Permohonan bantuan kewangan GERANBBKM RM3,000 sedang dibuka: Ini cara memohonnya

Pihak kerajaan telah memperkenalkan banyak jenis bantuan kewangan bagi membantu mereka yang terjejas akibat pelbagai keadaan yang berlaku.

Salah satunya adalah melalui TEKUN Nasional, dengan bantuan Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (GERANBBKM) berjumlah RM3,000 kepada peniaga informal dan mikro yang mana premis perniagaan mereka terjejas akibat banjir pada Disember 2021 dan Januari 2022 bagi memulihkan perniagaan dan beroperasi semula.

Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan GERANBBKM:-

Syarat-syarat Kelayakan

Bantuan ini adalah terbuka kepada peniaga informal dan mikro bertaraf warganegara Malaysia yang premis perniagaan mereka terjejas akibat banjir pada Disember 2021 dan Januari 2022.

Untuk makluman, perniagaan informal adalah perniagaan yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pihak berkuasa tempatan (PBT).

Manakala, perniagaan mikro pula merupakan perniagaan yang berdaftar dengan jualan kurang daripada RM300,000 setahun atau bilangan pekerja kurang daripada 5 orang.

Akan tetapi, petani dan penternak, projek cili fertigasi dan ternakan ikan air tawar yang terjejas semasa banjir tidak layak menerima bantuan kewangan ini kerana mereka layak memohon melalui Kemeterian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menerusi Dana Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) atau dibawah Program Pembangunan Semula Projek Agromakanan (PPSPA).

Advertisement
Advertisement

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan GERANBBKM boleh dibuat secara atas talian (online) – DI SINI atau melalui Pejabat Cawangan TEKUN yang berhampiran di seluruh negara atau menerusi agensi MEDAC / AIM / Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil.

Dalam masa sama, pemohon juga perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut ketika membuat permohonan:

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon;
  • Salinan Penyata Bank Individu;
  • Salah satu daripada laporan berikut:
    • Laporan Polis / Bomba / NADMA / Agensi MEDAC / Pemimpin Tempatan / Penghulu / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) / Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil / Dewan Perniagaan.

Dimaklumkan juga bahawa pihak TEKUN Nasional tidak melantik sebarang ejen atau wakil untuk menguruskan permohonan geran bantuan ini.

Maklumat terperinci dan rasmi berkenaan GERANBBKM, sila baca – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *