Kerajaan Negeri lulus Bantuan RM250 untuk yang berpendapatan bawah RM5,000: Ini cara memohon
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui peruntukan Belanjawan bagi setiap negeri berdasarkan program-program yang diperkenalkan.
Antaranya termasuklah bantuan berikut: –
Bantuan RM250
Bantuan kewangan sebanyak RM250 ini diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Pahang melalui Insentif Khas Pasangan Pengantin (IKPP).
Bantuan ini pada asasnya merupakan bantuan yang telah diperkenalkan sejak tahun 2020 bagi menarik minat golongan belia berkahwin dan membantu meringankan bebanan pasangan yang baharu mendirikan rumah tangga.
Syarat-syarat Kelayakan
- Hanya anak-anak Pahang sahaja yang layak menerima insentif ini;
- Sama ada pengantin lelaki atau perempuan mestilah anak kelahiran Negeri Pahang;
- Pasangan pengantin yang mana pengantin lelaki sahaja berpendapatan RM5,000 dan ke bawah layak menerima insentif;
- Bagi perkahwinan di luar negeri Pahang, pengantin lelaki mestilah anak kelahiran Pahang. (Kebenaran Luar Negeri (KBLN);
- Perkahwinan ini mestilah didaftarkan di Negeri Pahang dengan Kebenaran Pejabat Agama Islam Daerah;
- Perkahwinan anak Pahang yang didaftarkan di luar negeri Pahang,pengantin perlu membuat permohonan dan pengesahan di Pejabat Agama Islam (dimana tempat permohonan);
- Bagi pemastautin di negeri Pahang sekurang-kurangnya 10 tahun atau lebih, perlu mendapatkan pengesahan dari Penghulu/ADUN Kawasan/pengurus FELDA/Imam Qaryah atau Penyelaras;
- Duda atau Janda atau salah seorang yang mana pasangannya adalah anak negeri Pahang dan berkelayakan, perkahwinan kali pertama dengan pasangan yang lain, layak untuk menerima insentif.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Baca juga:
- Ramai yang tak perasan: Ini cara tuntut RM8,000 ‘one-off’ untuk semua penerima Bantuan STR
- STR Fasa 1 dah selesai dibayar: Ini pula jumlah, tarikh & penerima Fasa-Fasa STR yang seterusnya
Cara Memohon
Untuk yang menepati dan memenuhi syarat-syarat kelayakan IKPP yang ditetapkan, permohonannya hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan IKPP secara lengkap dan dilampirkan bersama:
- 2 Salinan Kad Pengenalan pemohon (depan dan belakang);
- 1 Salinan catatan akad nikah pemohon;
- 2 Salinan penyata akaun bank pemohon.
Borang dan lampiran kemudiannya boleh dihantar ke Pejabat Agama Islam Daerah di mana Permohonan Kebenaran atau Pendaftaran Perkahwinan dibuat.
Maklumat lebih teliti tentang insentif, termasuk Borang Permohonan ini boleh dilihat di Portal e-Munakahat Pahang – DI SINI.