Ramai yang tak perasan: Ini cara tuntut RM8,000 ‘one-off’ untuk semua penerima Bantuan STR
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Salah satunya adalah apabila pihak Kerajaan setuju memperkenalkan Skim perlindungan masyarakat mySalam yang diberikan kepada mereka yang layak.
Berikut adalah maklumat lebih teliti berkenaan skim ini: –
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur antara 18 hingga 65 tahun;
- Penerima Bantuan Keluarga Malaysia (kini dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah – STR);
- Berumur antara 18 hingga 65 tahun;
- Individu bujang berumur antara 21 tahun dan 65 tahun;
- Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Bantuan RM8,000
MySalam diperkenalkan sebagai inisiatif Kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 6.8 juta individu rakyat Malaysia.
Antara manfaat utama skim ini adalah pembayaran tunai sebanyak RM8,000 secara ‘one-off’ apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal.
Senarai penyakit terlibat, boleh dilihat – DI SINI.
Cara Memohon
Bagi mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan mySalam, tuntutan penyakit kritikal boleh dibuat dengan mengikuti aturan berikut:
- Langkah 1: Layari Portal Rasmi mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan);
- Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal;
- Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’;
- Langkah 4: Log masuk ke Portal Rasmi mySalam dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’;
- Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format .pdf atau .jpeg
- Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
- Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
- Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
Selain itu, bagi mereka yang ingin membuat semakan kelayakan, ia boleh dibuat di Portal Rasmi-nya DI SINI dengan mengisi maklumat Nombor Kad Pengenalan di ruang yang disediakan.
Maklumat lebih teliti berkenaannya boleh dirujuk di portal rasmi mySalam – DI SINI.