Kerajaan Perkenal Menu Rahmah Serendah RM5 Di Banyak Kedai. Ini Senarai & Menu Yang Disediakan

Bagi mereka yang memerlukan bantuan kewangan, berita gembira buat anda kerana masih terdapat beberapa pakej bantuan yang akan disalurkan oleh pihak yang terlibat.

Bukan sahaja Sumbangan Tunai Rahmah (STR), bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kerajaan negeri tertentu telah meluluskan pelbagai pakej bantuan kewangan yang merangkumi semua kategori yang memerlukan.

Salah satu bantuan yang baik diperkenalkan kerajaan adalah Menu Rahmah serendah RM5 yang boleh dibeli oleh sesiapa sahaja tanpa mengira agama dan kaum.

Apakah Itu Menu Rahmah?

Menu Rahmah adalah hidangan seimbang merangkumi nasi, satu pilihan protein iaitu ayam atau ikan dan sayuran yang ditawarkan untuk membantu golongan yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup ketika ini.

Menu Lain Yang Disediakan

Terdapat peniaga yang prihatin dengan mempelbagaikan menu lain seperti mi goreng, kuetiau goreng, rojak, roti John dan shawarma.

Senarai Kedai Yang Menyediakan

Restoran yang terlibat dalam program itu ialah ahli daripada tujuh persatuan antaranya:

  • Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA),
  • Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS)
  • Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia.
  • Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura (MSCSPGA)
  • Persatuan Peruncit Bumiputra Malaysia (BRO)
  • Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia (MRCA)
  • Persatuan Peruncit Malaysia (MRA)

Kafe Rahmah Di Universiti

Inisiatif Kafe Rahmah pula akan dibuat di universiti tempatan bermula di Kuala Lumpur, merangkumi sarapan pagi dan makan tengah hari percuma sementara makanan malam akan ditawarkan dengan diskaun hingga 50 peratus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *