Kerajaan akan beri Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada penerima ini: Semak kelayakan anda

Kerajaan Malaysia dan pelbagai agensi kebajikan sentiasa komited dalam membantu golongan berpendapatan rendah, warga emas, dan mereka yang kurang bernasib baik. Melalui pelbagai program bantuan bulanan, rakyat Malaysia yang memerlukan boleh mendapat sokongan kewangan yang membantu meringankan beban kehidupan harian.

Hal yang sama juga apabila Belanjawan 2025 telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 18 Oktober 2025. Di bawah Belanjawan 2025, pelbagai jenis inisiatif dan bantuan telah diperkenalkan yang salah satunya adalah Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2025.

Bantuan Khas Kewangan

Pada tahun hadapan, pihak Kerajaan bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Kepada para pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen pula, mereka layak menerima Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250 setiap orang.  Bantuan ini akan diberikan pada bulan Februari 2025 tahun hadapan secara kredit terus ke akaun penerima.

Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)

Bermula pada 1 Disember 2024, pihak Kerajaan telah membuat penstrukturan semula skim gaji penjawat awam kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) secara berfasa. Pembaharuan ini melibatkan pelarasan gaji 15 peratus kepada Kumpulan Pelaksana dan Pengurusan dan Profesional serta 7 peratus kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

Dengannya, penjawat awam akan menerima pendapatan minimum sebanyak RM2,115  sebulan. SSPA Fasa 1 melibatkan perbelanjaan tambahan berjumlah RM10 bilion untuk tahun 2025.

Dalam masa sama, selaras dengan pelaksanaan SSPA, pelarasan pencen turut dilaksanakan secara berfasa berdasarkan pelarasan peratusan ke atas gaji akhir pesara mengikut kumpulan perkhidmatan masingmasing termasuklah pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Skim Ex-Gratia Bencana Kerja juga ditambahbaik meliputi perkara-perkara berikut:

  • Bayaran faedah Ex-Gratia Operasi (EXO) secara sekali sahaja (one-off) sehingga maksimum RM50,000 diwujudkan khasnya bagi anggota Pasukan Keselamatan dan Agensi Penguatkuasaan yang mengalami Hilang Upaya Kekal akibat kemalangan semasa bertugas dalam operasi (wounded in action) bagi bencana kerja mulai tahun 2024;
  • Bayaran faedah Ex-Gratia Pukal (EXP) secara sekali sahaja (one-off) sebanyak RM20,000 diberikan sebagai tambahan kepada Waris bagi kes kematian akibat kemalangan semasa bertugas mulai tahun 2024;
  • Kadar Elaun Layanan Sentiasa (ELS) dinaikkan sebanyak 200% daripada RM500/bulan kepada RM1,500/bulan kepada pegawai yang layak;
  • Bayaran faedah Ex-Gratia Hilang Upaya Sementara (EXS) bagi pegawai yang diluluskan Cuti Sakit Lanjutan akibat kemalangan semasa bertugas sebanyak RM25/hari dan terhad kepada 180 hari setahun; dan
  • Skop liputan Skim Ex-Gratia Bencana Kerja juga diperluaskan sebagai perlindungan kepada pegawai yang diarahkan menghadiri temujanji kesihatan di hospital/fasiliti kesihatan.

Bagi memastikan kebajikan para Veteran ATM pula, Kerajaan akan meningkatkan kadar Bantuan Sara Hidup Veteran ATM yang tidak
berpencen kepada RM500 sebulan, berbanding RM300 sebelum ini.

Kerajaan turut bersetuju melanjutkan bayaran Penghargaan Khas Kepada Pesara dan penerima pencen terbitan mulai Januari hingga Disember 2025.

“Bagi mendorong penjawat awam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat termasuk menggalakkan budaya daya cipta, Kerajaan akan menganjurkan Anugerah Perkhidmatan Awam MADANI sebagai tanda pengiktirafan dengan pemberian ganjaran yang sewajarnya,” petikan uacapan Belanjawan 2025.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Perumahan Mampu Milik

Di bawah Belanjawan 2025, pihak Kerajaan akan meletakkan keutamaan  perumahan mampu milik untuk rakyat dengan peruntukan ampir RM900 juta bagi melaksanakan 48 Program Residensi Rakyat (PRR) dan 14 projek Rumah Mesra Rakyat termasuk dua projek PRR baharu di Port Dickson dan Seberang Perai Tengah. 30 projek PRR dijangka siap penghujung 2025 yang bakal memanfaat hampir 17,500 penghuni baharu.

Dalam masa sama, usaha menangani isu malpemakanan dalam kalangan anak-anak di PPR Lembah Klang turut diperhebat melalui projek rintis yang turut dibiayai bersama Pertubuhan Kanak-kanak Sedunia dengan peruntukan RM5 juta.

“Aktiviti ekonomi rakyat seperti perusahaan makanan menggunakan platform Dapur Digital oleh Pepper Labs dipergiat dengan peruntukan 5 juta ringgit. 180 kamera litar tertutup berdefinisi tinggi dan 45 butang cemas akan dipasang di Putrajaya dan Labuan bagi meningkatkan tahap keselamatan,” petikan ucapan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat.

Info lebih lengkap tentang Belanjawan 2025, sila rujuk di Portal Rasmi Belanjawan – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *