Senarai Bantuan RM100 – RM1,000 yang dikreditkan setiap bulan: Termasuk bulan ini (Oktober 2024)

Kerajaan Malaysia dan pelbagai agensi kebajikan sentiasa komited dalam membantu golongan berpendapatan rendah, warga emas, dan mereka yang kurang bernasib baik. Melalui pelbagai program bantuan bulanan, rakyat Malaysia yang memerlukan boleh mendapat sokongan kewangan yang membantu meringankan beban kehidupan harian.

Di bawah adalah senarai beberapa bantuan bulanan yang tersedia di Malaysia dan maklumat lanjut berkenaan dengannya: –

Senarai Bantuan Bulanan Untuk Rakyat Malaysia

Bantuan Sara Hidup (BSH)

BSH ini adalah bantuan kewangan bulanan yang diberi kepada Veteran ATM yang bertujuan untuk meringankan beban sara hidup harian. Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM300 dan diberikan setiap bulan.

Syarat-syarat kelayakan bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Veteran ATM
    • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia
    • Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak
    • Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa
  • Had umur yang layak dipertimbangkan BSH adalah 60 tahun keatas dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK);
  • Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib;
  • Balu yang berkahwin semula tidak layak;
  • Anak yatim piatu hendaklah berumur kurang dari 18 tahun dan di bawah 21 tahun jika masih belajar. Jika cacat kekal, tiada syarat had umur;
  • Faktor kesihatan atau penyakit yang menghalang pekerjaan (dengan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan), bilangan anak yang bersekolah atau melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi juga boleh dipertimbangkan pemberian BSH.

Maklumat lanjut berkenaan bantuan ini boleh dirujuk di Portal Rasmi Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM – DI SINI.

Bantuan Warga Emas (BWE)

Warga emas yang berusia 60 tahun ke atas dan kurang berkemampuan boleh memohon Bantuan Warga Emas (BWE) dari JKM. Bantuan sebanyak RM500 sebulan ini bertujuan untuk memastikan warga emas yang tidak mempunyai sokongan keluarga atau pendapatan tetap dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa.

Syarat-syarat kelayakan BWE adalah seperti di bawah:

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
  • Warga emas yang bukan tinggal di:
    • Institusi kendalian JKM; atau
    • Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma.

Maklumat lanjut berkenaan bantuan ini boleh dirujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

Bantuan Kanak-KanakĀ 

Keluarga yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun yang hidup dalam kemiskinan layak menerima bantuan ini. Bantuan ini bertujuan untuk memastikan keperluan asas kanak-kanak dipenuhi, seperti pendidikan dan kesihatan.

Kadar bantuan ini sebanyak minima RM150 sebulan seorang sehingga maksimum RM1,000 sebulan mengikut pecahan berikut:

  • RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
  • RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
  • Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan

Maklumat lanjut berkenaan bantuan ini boleh dirujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja

Bantuan ini bertujuan untuk membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang tidak berupaya bekerja. Selain itu, ia juga bertujuan bagi mengggalakkan OKU untuk terus tinggal bersama keluarga.

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti di bawah:

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Berumur 16 tahun dan ke atas;
  • Pemegang Kad OKU JKM;
  • Tidak berupaya bekerja.
  • Pemohon bukan penghuni/ pelatih:
    • Institusi kendalian JKM; atau
    • Pusat jagaan harian/ berkediaman yang menyediakan perkhidmatan/ kemudahan secara percuma; atau
    • Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK);
  • Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa.

Maklumat lebih teliti berkenaan bantuan untui OKU ini boleh dirujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *