Permohonan dibuka sehingga 23 Ogos 2022: Ini cara memohon bantuan laptop SKIPMA dari MARA

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah sebuah skim bantuan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui program yang dikenali sebagai Skim Pinjaman Komputer Pelajar IPMA (SKIPMA).

Program ini pada asasnya bertujuan untuk membantu pelajar di Institusi Pendidikan MARA (IPMA) memiliki komputer bagi kemudahan dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta kaedah baharu dalam pembelajaran.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan SKIPMA: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon berstatus Bumiputera dan warganegara Malaysia;
  • Ibu atau bapa pemohon berstatus Bumiputera dan warganegara Malaysia;
  • Pemohon sedang mengikuti pengajian di IPMA secara sepenuh masa bagi peringkat seperti berikut:
    • Persediaan / Pra-Universiti;
    • Sijil;
    • Diploma; atau
    • Ijazah Sarjana Pertama (Sarjana Muda).
  • Had umur tidak melebihi seperti berikut:
    • Persediaan / Pra-Universiti – 20 tahun
    • Sijil / Diploma – 35 tahun
    • Ijazah Sarjana Muda – 45 tahun
  • Pelajar baharu atau pelajar sedia ada (aktif) yang mempunyai baki pengajian tidak kurang satu (1) tahun daripada tarikh permohonan dibuat;
  • Pemohon layak memohon sekali pinjaman komputer bagi setiap peringkat pengajian. Pemohon yang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi adalah layak untuk dipertimbangkan pinjaman komputer seterusnya tertakluk kepada pinjaman komputer terdahulu telah diselesaikan;
  • Pemohon tidak mendapat kemudahan pinjaman atau kemudahan komputer daripada mana-mana badan penaja/ pihak lain;
  • Pemohon, penjamin dan penjaga tidak termasuk dalam senarai hitam MARA dan tindakan Undang-Undang MARA.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Syarat-syarat Pinjaman

  • Amaun maksimum pinjaman komputer adalah sebanyak RM3,000;
  • Penetapan jumlah pinjaman adalah tertakluk kepada harga sebenar komputer dan tidak melebihi jumlah amaun maksimum;
  • Jenis komputer yang dibenarkan hanya desktop dan laptop tidak termasuk peranti tablet dan telefon mudah alih;
  • Pilihan spesifikasi komputer perlu berdasarkan kepada kursus yang sedang diikuti oleh pelajar.

Cara Memohon

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan SKIPMA boleh dibuat secara atas talian (online) di sistem yang ditetapkan oleh MARA.

Permohonan SKIPMA dibuka dari 10 Ogos hingga 23 Ogos 2022.

Bagi maklumat lengkap, senarai IPMA dan permohonan SKIPMA ia boleh dirujuk di laman web MARA – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *