Permohonan dibuka sepanjang tahun: Ini cara memohon Bantuan Kewangan IKPP RM250 ‘one-off’
Pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berlelayakan.
Salah satunya termasuklah sebuah bantuan kewangan sebanyak RM250 secara ‘one-off’ di bawah Insentif Khas Pasangan Pengantin (IKPP) yang dibuka permohonannya sepanjang tahun. Berikut adalah maklumat berkenaan bantuan ini:
Syarat-syarat Kelayakan
- Hanya anak-anak Pahang sahaja yang layak menerima insentif ini;
- Sama ada pengantin lelaki atau perempuan mestilah anak kelahiran Negeri Pahang;
- Pasangan pengantin yang mana pengantin lelaki sahaja berpendapatan RM5000.00 dan ke bawah layak menerima insentif;
- Bagi perkahwinan di luar negeri Pahang, pengantin lelaki mestilah anak kelahiran Pahang Kebenaran Luar Negeri KBLN;
- Perkahwinan ini mestilah didaftarkan di Negeri Pahang dengan Kebenaran Pejabat Agama Islam Daerah;
- Perkahwinan anak Pahang yang didaftarkan di luar negeri Pahang,pengantin perlu membuat permohonan dan pengesahan di Pejabat Agama Islam (dimana tempat permohonan);
- Bagi pemastautin di negeri Pahang sekurang-kurangnya 10 tahun atau lebih, perlu mendapatkan pengesahan dari Penghulu/ADUN Kawasan/pengurus FELDA/Imam Qaryah atau Penyelaras;
- Duda atau Janda atau salah seorang yang mana pasangannya adalah anak negeri Pahang dan berkelayakan, perkahwinan kali pertama dengan pasangan yang lain, layak untuk menerima insentif.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Bantuan ini bagaimanapun tidak layak bagi mereka yang:
- Poligami;
- Nikah semula (pasangan yang sama selepas tamat tempoh iddah);
- Nikah tanpa kebenaran;
- Kedua pasangan bukan asal Pahang;
- Pendapatan lelaki melebihi RM5,000
Cara Memohon
Kepada yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan, permohonan IKPP boleh dikemukakan dengan mengisi Borang Permohonan secara lengkap dan dilampirkan bersama dokumen-dokumen sokongan tersebut:
- 2 Salinan Kad Pengenalan pemohon (depan dan belakang);
- 1 Salinan catatan akad nikah pemohon;
- 2 Salinan penyata akaun bank pemohon.
Ia kemudiannya hendaklah dihantar ke Pejabat Agama Islam Daerah di mana Permohonan Kebenaran atau Pendaftaran Perkahwinan dibuat.
Maklumat terperinci berkenaan IKPP, sila rujuk di e-Munakahat JAIP – DI SINI.