Tahun 2021 hampir tamat: Ini bantuan yang akan diterima pada bulan November & Disember

Tahun 2021 semakin dekat dengan penamatnya apabila hanya berbaki tiga bulan sahaja lagi sebelum memasuki tahun 2022.

Dalam masa sama, pada tahun ini pelbagai bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan melalui PEMERKASA dan PEMULIH.

Berikut adalah antara bantuan-bantuan yang akan diterima untuk bulan November dan Disember 2021: –

Bantuan Khas C-19 (BKC)

Bantuan Khas C-19 (BKC) ialah bantuan tunai yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik sehingga akhir tahun 2021.

Penerima yang layak menerima BKC adalah berdasarkan syarat kelayakan BPR 2021 dan juga pembayar cukai pendapatan (LHDNM).

Untuk BKC, bulan November dan Disember akan melibatkan pembayaran BKC untuk Fasa 2 dan Fasa 3.  Pembayaran untuk BKC Fasa 2, akan melibatkan kategori penerima Miskin Tegar:

  • Isi rumah: RM500
  • Warga emas sebatang kara (WE):
    Advertisement
    Advertisement
    RM300
  • Bujang: RM300

Manakala, untuk BKC Fasa 3 pula akan melibatkan kategori penerima B40 dan Miskin Tegar:

  • Isi Rumah (Miskin Tegar): RM300
  • Isi Rumah (B40): RM300

Untuk maklumat terperinci berkenaan BKC, rujuk – DI SINI.

Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0

GKP 4.0 adalah bantuan kewangan yang diberikan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi membantu aliran tunai perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Penerima pula mestilah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 30 Jun 2021.

Pembayaran GKP 4.0 Fasa 2 akan dibuat pada tahun November 2021.

  • Penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 yang berstatus Lulus: RM500
  • Lulus permohonan baharu GKP 4.0: RM500

Untuk maklumat terperinci berkenaan GKP 4.0, rujuk – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.