Ini Tarikh Terkini RM500 Dikreditkan Ke Akaun Individu Yang Memiliki SSM/Peniaga Kecil

Berita gembira buat individu yang memiliki akaun SSM/peniaga kecil yang memerlukan bantuan kewangan, ini kerana kerajaan telah melaksanakan Geran Khas Prihatin atau GKP.

Pada September lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa Geran Khas Prihatin 4.0 (GKP 4.0) telah mula dibayar kepada yang layak pada 21 September yang lalu.

Namun, jangan lupa bahawa pada November depan, mengikut jadualnya akan dikreditkan lagi RM500 bagi penerima GKP 4.0. Berikut adalah maklumat terperinci:

Tujuan GKP dilaksanakan

GKP 4.0 adalah sebuah inisiatif yang diperkenalkan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dengan peruntukan sebanyak RM500 juta.

Bantuan ini telah memberi manfaat kepada lebih sejuta PKS mikro, bagi meringankan beban kewangan mereka dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar.

Tarikh & Jumlah Bayaran GKP 4.0

Kerajaan telah bersetuju untuk menyalurkan bayaran kepada para peniaga kecil di bawah GKP 4.0 kepada penerima yang layak iaitu sebanyak RM500 yang telah dibayar bermula 21 September dan RM500 lagi pada sekitar bulan November 2021.

Advertisement
Advertisement

Kaedah Bantuan Dikreditkan

Pembayaran GKP 4.0 bagi November akan dibuat dengan cara dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan baharu GKP 4.0 atau penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0.

Cara Semakan Bagi Bulan September dan November

Untuk pengetahuan semua, semakan status kelulusan GKP 4.0 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Sebarang penyaluran wang ke akaun masing-masing sama ada berjaya atau tidak, boleh disemak di pautan berikut: Log Masuk ID Pengguna GKP (Klik Sini)

Seperti dimaklumkan, pembayaran GKP 4.0 kepada penerima yang layak telah dibuat pada bulan September 2021 (RM500) dan bakal menerima lagi RM500 pada bulan November 2021 tertakluk kepada perubahan.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.