Selain dapat STR, ini senarai yang layak menerima & tarikh pembayaran Bantuan Tambahan RM600

Setiap tahun, kerajaan akan membentangkan belanjawan untuk dimanfaatkan kepada pembangunan negara dan rakyat.

Untuk Belanjawan 2023 memperuntuk RM388.1 bilion, dengan RM289.1 bilion bagi belanja mengurus, RM99 bilion bagi belanja pembangunan, termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

Merangkumi peruntukan berkenaan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan.

Bantuan Tambahan RM600

Seperti mana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat – pihak Kerajana setuju meneruskan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi fasa-fasa seterusnya.

Bantuan itu adalah sehingga RM2,500 kepada penerima yang layak berdasarkan ketetapan pendapatan dan bilangan anak.

Dalam masa sama, pihak Kerajaan turut bersetuju untuk memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih.

Sumbangan ini akan dibuat dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM600 kepada mereka yang layak.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Untuk makluman, secara keseluruhannya, STR akan membantu meringankan beban sara hidup kepada hampir 9 juta penerima dengan peruntukan hampir RM8 bilion.

Dalam masa sama, pihak Kerajaan juga akan membantu para pesawah dengan meneruskan penyaluran pelbagai subsidi dan insentif seperti harga padi, baja padi dan padi huma dengan peruntukan RM1.6 bilion.

Sumbangan tunai juga diberikan kepada para pesawah padi sebanyak RM200 sebulan untuk masa tiga bulan atau semusim dengan melibatkan 240 ribu pesawah dengan peruntukan RM228 juta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *