Pendapatan Isi Rumah Berada Dalam Data e-Kasih. Berikut Senarai Penerima Bantuan Wang STR Sehingga RM3,100

Bagi mereka yang memerlukan bantuan kewangan, berita gembira buat anda kerana masih terdapat beberapa pakej bantuan yang akan disalurkan oleh pihak yang terlibat.

Bukan sahaja Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kerajaan negeri tertentu telah meluluskan pelbagai pakej bantuan kewangan yang merangkumi semua kategori yang memerlukan.

Salah satu bantuan adalah Sumbangan Tunai Rahmah yang dimumkan dalam Belanjawan 2023 yang mungkin ramai yang terlepas pandang, tetapi layak mendapatkannya.

Pembaharuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Dalam Belanjawan 2023, beberapa pembaharuan diambil kira supaya isi rumah yang benar-benar terkesan, mendapat manfaat yang lebih daripada STR. Antaranya:

  1. Isi rumah pendapatan kurang RM2,500, layak terima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung
    kepada bilangan anak.
  2. Sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin
    mengikut data e-Kasih. Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar
    untuk barangan makanan asas bernilai RM600 kepada mereka.
  3. Advertisement
    Advertisement
  4. Keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak terima sumbangan sehingga maksimum RM3,100

Cara Semak e-Kasih

Semakan bantuan ekasih 2023 di sini https://ekasih.icu.gov.my 

Cara Semak STR

Maklumat MySTR adalah berdasarkan maklumat MyBKM 2022. Pendaftaran MySTR adalah seperti berikut:

  1. Klik MySTR dan pastikan no MyKad anda merupakan penerima fasa 1 STR 2023
  2. Masukkan Maklumat Keselamatan
  3. Masukkan Kata Kunci Keselamatan dan Kata Laluan
  4. Pendaftaran berjaya

Syarat Kelayakan Penerima

Berikut merupakan syarat kelayaka penerima STR bagi fasa 2:

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai pembayaran STR Fasa 2, sila layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *