Cara Memohon Biasiswa Pendidikan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS) 2021

Peluang mendapat TAJAAN YURAN PENGAJIAN oleh Kerajaan Negeri Selangor 2021

Penawaran pengajian 10 kursus TVET di bawah Program INISIATIF KEMAHIRAN TEKNIKAL DAN IKHTISAS SMART SELANGOR (IKTISASS) kini ditawarkan di Selangor Technical Skills Development Centre (STDC).

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Ikhtisas Smart Selangor dan STDC serta cara membuat permohonan dan mendapat tajaan yuran.

Biasiswa Pendidikan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS)

Biasiswa ini diberikan kepada pelajar oleh Badan Kerajaan dan juga swasta untuk membayar yuran pengajian tanpa perlu membayarnya semula kepada organisasi tersebut.

INISIATIF KEMAHIRAN TEKNIKAL DAN IKHTISAS SMART SELANGOR (IKTISASS)

SYARAT PERMOHONAN PROGRAM IKTISASS

Pemohon, ibu dan bapa adalah Warganegara Malaysia sahaja.
Pemohon, ibu dan bapa mestilah terdiri daripada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:

  • Pemohon, Ibu & Bapa lahir di Negeri Selangor; atau
  • Pemohon, Ibu & Bapa telah bermastautin di Negeri Selangor lebih daripada 11 tahun (Pemohon perlu kemukakan Surat
  • Pengesahan Bermastautin dan salinan sijil berhenti sekolah rendah (darjah 1 hingga 6) serta sekolah menengah (tingkatan 1 hingga 5)
  • Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan LULUS 5 subjek (Bahasa Melayu dan Sejarah WAJIB LULUS dan 3 subjek lain).
  • Permohonan borang yang tidak lengkap dikategorikan sebagai PERMOHONAN GAGAL. (SILA RUJUK SENARAI SEMAK BORANG)
  • Berminat dan bersedia untuk menamatkan pengajian di dalam bidang kemahiran teknikal.

Senarai kursus yang di taja adalah semua kursus yang ditawarkan di STDC.

Baca juga: MyVac: Pendaftaran Sukarelawan Bukan Kesihatan (Elaun RM50/Sehari)

Bidang Kemahiran Yang Ditawarkan Di STDC Selangor

Bidang kemahiran ditawarkan:

  • AUTOMOTIF
  • SEMBURAN CAT
  • MOTOSIKAL
  • SISTEM KOMPUTER
  • ELEKTRIK
  • PENYAMANAN UDARA
  • TEKNOLOGI FESYEN
  • TERAPI SPA
  • KULINARI
  • PASTRI

Tawaran ini khas untuk para pelajar 18 tahun ke atas yang lahir di Selangor atau yang bermastautin melebihi 11 tahun di Negeri Selangor (tertakluk pada terma & syarat di atas).

Pelajar Lepasan SPM sangat digalakkan untuk memohon.

Cara Pendaftaran Biasiswa Ikhtisas Smart Selangor

Boleh DAFTAR SEGERA di https://stdc.edu.my/daftarsekarang.php
ATAU http://www.wasap.my/60193424111/daftarSTDC

Sila semak dan baca segala syarat yang diperlukan dengan teliti sebelum mendaftar.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *