Cara Mohon GrEP MARA 2021: Pinjaman Pasca Siswazah (Sarjana & Doktor Falsafah)

MARA menawarkan pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman boleh ubah ke peringkat Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka dalam dan luar negara kepada graduan cemerlang dalam bidang yang memberi impak besar kepada keperluan guna tenaga negara.

Tarikh Permohonan GrEP MARA 2021

Permohonan secara atas talian akan mula dibuka pada 21 Jun sehingga 5 Julai 2021

Syarat Umum Permohonan

  1. Pemohon dan salah seorang ibu ATAU bapa adalah berketurunan Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  2. Had umur pemohon pada 31 Disember 2021:
    • SARJANA
      • Dalam Negara : <40 tahun
      • Luar Negara : <35 tahun
    • Doktor Falsafah
      • Dalam Negara : <45 tahun
      • Luar Negara : <40 tahun
  3. Pemohon telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama/Sarjana dengan kejayaan akademik cemerlangĀ (Rujuk syarat kelayakan akademik).
  4. Pemohon wajib disahkan mempunyai kesihatan yang baik oleh seorang pengamal perubatan berdaftar serta bebas dari mengandung, penyakit mental, cacat fizikal, penyakit berjangkit (HIV-AIDS, Hepatitis B & C dan lain-lain), epilepsi, penyakit genetik dan penyalahgunaan dadah.
  5. Advertisement
    Advertisement
  6. Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga/Pasangan tidak termasuk dalam Senarai Hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan UndangUndang MARA.
  7. Tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.
  8. Mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar atau pengesahan bertulis daripada majikan.
  9. Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pengajian atas masalah akademik/disiplin.

Rujuk Syarat Kelayakan Akademik diĀ SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *