Setiap penerima BKM kategori B40 layak terima bantuan RM8,000: Ini cara membuat semakan
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Salah satunya adalah melalui mySalam iaitu sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak.
Berikut adalah maklumat lebih teliti berkenaan bantuan kewangan ini: –
Bantuan Kewangan RM8,000
Kepada yang layak menerima mySalam, salah satu manfaat di bawah insentif ini adalah bantuan kewangan sebanyak RM8,000 secara ‘one-off’ apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal.
Senarai penyakit kritikal terlibat boleh dilihat – DI SINI.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur antara 18 hingga 65 tahun;
- Penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022:
- Berumur antara 18 hingga 65 tahun;
- Individu bujang berumur antara 21 tahun dan 65 tahun;
- Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Baca juga:
- Bantuan Kewangan RM1,500 ‘one-off’ akan dibayar pada bulan ini: Berikut adalah penjelasannya
- Ini senarai Bank-Bank yang telah dikreditkan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Cara Membuat Tuntutan
Bagi mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan mySalam, tuntutan penyakit kritikal boleh dibuat dengan tatacara berikut:
- Langkah 1: Layari Portal Rasmi mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan);
- Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal;
- Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’;
- Langkah 4: Log masuk ke Portal Rasmi mySalam dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’;
- Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format .pdf atau .jpeg
- Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
- Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
- Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.