Peluang Kerjaya: Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Jun 2024. Gaji RM1,505.00-RM9,547.00

Berita baik untuk pencari kerja, pennganggur, pekerja swasta atau yang berkaitan. Ini kerana terdapat iklan jawatan terbaru oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bagi Jun 2024.

Pastinya ramai yang tertunggu-tunggu untuk mencuba nasib bagi mendapatkan tempat di jabatan atau agensi kerajaan. Terdapat pelbagai manfaat jika anda menjadi penjawat awam.

Berikut merupakan kekosongan jawatan yang terdapat dalam kerajaan bagi Jun 2024:

1) Penolong Pegawai Sains Gred C29

Sertai Channel Telegram: https://t.me/jawatankerja

Kekosongan: 1
Simpanan: 10

Taraf Lantikan:

1- Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun; dan
2- Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap.

Syarat Lantikan Wajib:

1- Warganegara Malaysia
2- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Ringkasan Tugas:

Bertanggungjawab membantu Pegawai Penyelidik melaksanakan kerja-kerja penyelidikan sains dan teknologi nuklear, merancang, menyelaras dan mengurus operasi penyelenggaraan makmal, mengurus aktiviti berkaitan penyelenggaraan berkala, peralatan saintifik, membantu aktiviti perhubungan awam berkaitan dengan penyelidikan dan pembangunan penggunaan teknologi nuklear serta membantu mengendalikan aktiviti-aktiviti makmal terutama dalam perkhidmatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) makmal.

Gaji:

Gaji bermula RM1,505.00-RM5,696.00

Keperluan bidang:
(DITETAPKAN OLEH KETUA PERKHIDMATAN)

(i) Kimia;
(ii) Kimia Gunaan; atau
(iii) Kimia Indust

Keperluan Tambahan:

Hanya calon yang telah memperoleh STPM/Sijil Matrikulasi KPM/Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf dan disahkan oleh senat jawatankuasaberkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

Tarikh Tutup Permohonan:

19 Jun 2024 (Rabu) pada jam 11:59 malam.

Cara Memohon:

Sila ke pautan berikut: https://spa9.spa.gov.my/login

2) Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41

Kekosongan: 4
Simpanan: 5

Taraf Lantikan:

1- Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun; dan
2- Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap.

Syarat Lantikan Wajib:

1- Warganegara Malaysia
2- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Ringkasan Tugas:

Bertanggungjawab mengurus hal ehwal pentadbiran dan pengurusan di peringkat negeri termasuk mengurus Latihan Gerakan Pertahanan Awam.

Advertisement
Advertisement

Gaji:

Gaji bermula RM2,081.00-RM9,547.00

Keperluan Bidang:

Terbuka

Keperluan Tambahan:

Hanya calon yang telah memperoleh
Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana
Muda Kepujian yang diiktiraf dan
disahkan oleh senat/jawatankuasa
berkaitan pada atau sebelum tarikh
tutup iklan sahaja layak memohon
selaras dengan syarat skim
perkhidmatan.

Tarikh Tutup Permohonan:

18 Jun 2024 (Selasa) pada jam 11:59 malam

Cara Memohon:

Sila ke pautan berikut: https://spa9.spa.gov.my/login

3) Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

Kekosongan: 1,068
Simpanan: 1,000

Taraf Lantikan:

1- Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3
tahun; dan
2-Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah
secara pelantikan tetap.

Syarat Lantikan Wajib:

1- Warganegara Malaysia
2- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Ringkasan Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

Keperluan Bidang:

Senarai keperluan bidang SKM bagi calon SPM yang memiliki SKM Tahap 2:

(i) Pengurusan Pejabat

Senarai keperluan bidang SKM bagi calon SPM yang memiliki SKM Tahap 3:

(i) Penyeliaan Pengurusan Pejabat
(ii) Setiausaha Korporat Eksekutif
(iii) Perkhidmatan Sokongan Perundingan Sumber Manusia
(iv) Pentadbiran Pejabat

Keperluan Tambahan:

(i) Calon yang berumur 18 hingga 35 tahun; dan
(ii) Lulus (sekurang-kurangnya D) dalam 4 subjek lain pada peringkat SPM

Gaji:

Gaji bermula RM1,352.00-RM4,003.00

Tarikh tutup:

20 Jun 2024 (Khamis) jam 11:59 malam

Cara Memohon:

Sila ke pautan berikut: https://spa9.spa.gov.my/login

Advertisement
Advertisement