Penerima Yang Layak Boleh Memohon Elaun RM300 Setiap Bulan Untuk 3 Bulan. Ini Syarat & Cara Memohon

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Secara umumnya, pasti ramai dalam kalangan kita yang terjejas pendapatan isi rumahnya atas pelbagai faktor. Oleh itu, kita memerlukan bantuan kewangan tambahan untuk terus menampung kehidupan seharian.

Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah Elaun RM300 yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai bantuan Elaun RM300 yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Kadar Bantuan

Permohonan yang diluluskan adalah layak untuk menerima bantuan kewangan Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) yang berjumlah RM 300 sebulan untuk tempoh 3 bulan.

Syarat Kelayakan

  • Individu yang belum berdaftar atau tidak aktif mencarum dengan PERKESO selepas 1 Jun 2021.
  • Individu yang berumur 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun pada tarikh permohonan.
  • Daftar sebagai pencari kerja di MyFutureJobs
  • Menghadiri temuduga sekurang-kurangnya 3 kali sebulan
  • Kemaskini log aktiviti di Portal MyFutureJobs

Tarikh Permohonan

Tarikh tutup membuat permohonan adalah pada 31 Disember 2022.

Cara Memohon Bantuan

Individu yang layak boleh memuat turun Aplikasi Prihatin PERKESO melalui PlayStore sekiranya menggunakan peranti android atau
AppStore bagi pengguna peranti iOS.

Sekiranya permohonan ditolak, anda boleh membuat rayuan melalui Portal eAduanSIP ( https://eaduansip.perkeso.gov.my/ ).

Bagi sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.