RM400 Dibayar Ke Akaun Bank Penerima Mulai 29 Mei 2025 Ini: Maklumat Lengkap Bantuan Tunai Aidiladha
Setiap kali menjelang Zulhijjah, umat Islam di seluruh dunia menantikan kedatangan Hari Raya Aidiladha dengan penuh rasa syukur dan keinsafan. Berbeza dengan Aidilfitri yang diraikan selepas sebulan berpuasa, Aidiladha membawa mesej yang lebih mendalam – ia bukan sekadar hari perayaan, tetapi lambang ketaatan dan kasih sayang terhadap sesama manusia.
Di Malaysia, suasana Aidiladha disambut dengan penuh sederhana tetapi bermakna.Inilah saat yang memperlihatkan indahnya konsep keadilan sosial – di mana setiap orang, terutama golongan kurang berkemampuan, turut merasai nikmat dan keberkatan hari raya.
Bagi yang tidak berpeluang menunaikan haji di Tanah Suci, Aidiladha juga menjadi peringatan akan rukun Islam kelima dan betapa mulianya ibadah tersebut. Pada masa yang sama, ia menyedarkan kita agar sentiasa memperbaiki diri, memperkuat hubungan dengan pencipta, dan memperbanyakkan amalan kebaikan.
Tahun demi tahun, makna Aidiladha tidak pernah pudar – malah semakin relevan dalam dunia yang kian mencabar. Dalam kegembiraan menyambut hari raya, marilah kita merenung kembali nilai pengorbanan dalam kehidupan seharian – sama ada dalam konteks keluarga, pekerjaan, mahupun masyarakat.
Dalam masa sama, menyambut Aidiladha turut memerlukan persiapan tertentu sama ada dari segi tenaga atau kewangan. Prihatin dengan hal ini, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan. Berikut adalah maklumat lanjut tentangnya.
Bantuan Tunai Aidiladha
Untuk makluman, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan memberikan Bantuan Tunai Aidiladha kepada golongan asnaf di negeri berkenaan dengan peruntukan sebanyak RM3.42 juta.
Kadar bantuan tunai itu ditetapkan sebanyak RM400 kepada para asnaf dalam kategori fakir dan RM300 pula disumbangkan kepada asnaf miskin dan mualaf.
Berdasarkan jumlah terkini, Melaka kini mencatatkan jumlah seramai 150 golongan fakir, 9,000 miskin dan 2,300 mualaf, berbanding tahun sebelumnya iaitu 114 fakir, 8,630 miskin dan 2,200 mualaf.
Pembayaran bantuan ini akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima dan secara berperingkat bermula pada 29 Mei 2025.
Diharapkan, bantuan tunai ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban asnaf dalam usaha membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelma.
Info Tambahan
Berdasarkan maklumat, terdapat pelbagai jenis bantuan yang disedikan oleh MAIM kepada para asnaf. Antaranya adalah Bantuan Makanan Bulanan iaitu berbentuk keperluan makanan asasi harian yang diperuntukkan kepada asnaf fakir, miskin dan muallaf setiap bulan mengikut jumlah yang diputuskan oleh MAIM.
Melaluinya, penerima diberi pilihan bagi memilih mana-mana kedai panel yang dilantik oleh MAIM untuk mengambil barangan. Kaedahnya pula adalah menggunakan Sistem MyAsnaf iaitu Mykad penerima digunakan sebagai alat untuk pengesanan dan penebusan barang makanan di kedai-kedai panel.
Jumlah yang ditetapkan sebanyak RM300 bagi asnaf fakir dan RM250 bagi asnaf miskin (berbentuk barangan makanan/tunai/bank).
Selain itu, Bantuan Sakit Kronik yang disalurkan kepada fakir, miskin dan muallaf yang menghidapi penyakit-penyakit kroniSakit Jantung, Kencing Manis, Kegagalan Buah Pinggang dan sebagainya.
Bagi permohonan bantuan ini, ia hendaklah disokong dengan pengesahan doktor bertauliah yang menyatakan bahawa pesakit disahkan memerlukan rawatan berulang dan ubat sampingan. Kadar yang ditetapkan adalah sebanyak RM150 sebulan.
Dari segi pendidikan pula, terdapat Bantuan Saraan Anak Sekolah – yang disalurkan kepada anak-anak asnaf fakir, miskin dan muallaf yang bersekolah sama ada diperingkat sekolah rendah, menengah, madrasah atau pusat tahfiz dan Institusi Pengajian Tinggi dengan mengemukakan dokumen pengesahan pelajar daripada pihak sekolah dan juga IPT.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Bagi kesejahteraan asnaf, MAIM turut memperkenalkan Bantuan Baikpulih Kediaman. Dengannya, bantuan secara ‘one-off’ maksimum RM20,000 akan diberikan membaiki kerosakan kediaman asnaf yang layak.
Bagi kediaman uzur atau mengalami kerosakan besar – MAIM menyediakan Bantuan Bina Rumah dengan jumlahnya akan ditentukan berdasarkan keperluan dan kelulusan.
Seterusnya adalah Bantuan Sukarelawan Am (Pembersihan) yang merupakan bantuan pembasmian kemiskinan berbentuk tawaran sebagai sukarelawan bagi kerja-kerja pembersihan di masjid, surau, sekolah agama, tadika JAIM dan cawangan pejabat agihan.
Namun, permohonannya hendaklah dibuat melalui pihak “Pengerusi” premis pekerjaan dan sebarang permohonan individu tidak dapat dipertimbangkan.
Tempoh masa bekerja maksimum adalah 104 jam sebulan. Manakala, tempoh masa bekerja dalam sehari adalah 4 jam sahaja. Cara pembayaran upah kerja dibuat secara tunai di pejabat berdasarkan tempoh masa jam bekerja setiap bulan dan ditetapkan sebanyak RM520 maksimum/asnaf, tanggungan atau pasangan.
Bagi maklumat lebih lengkap dan terperinci berkenaan bantuan-bantuan di bawah MAIM, silan lihat di portal rasminya – DI SINI.



