STR Fasa 3 Mula Dikreditkan Ke Akaun Esok (29 Ogos 2024): Maklumat jumlah bayarannya
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan, sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan serta memerlukan. Antaranya adalah bantuan-bantuan tunai yang diperkenalkan atau diteruskan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat.
Hal itu termasuklah dengan meneruskan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada mereka daripada kalangan B40 dan M40. Bantuan ini juga pada asasnya merupakan kesinambungan bantuan-bantuan sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPN), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan pelbagai lagi.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan tunai kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40). Bantuan ini juga merupakan bantuan secara berfasa dengan kadar-kadar yang berbeza mengikut setiap kategori.
Bagi tahun ini, syarat-syarat kelayakan STR adalah seperti dinyatakan berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta – mereka hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
Jumlah Bayaran STR Fasa 3
Pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2 telah pun disalurkan kepada yang layak pada bulan Januari dan April lalu. Manakala, pembayaran STR Fasa 3 akan mula disalurkan secara berperingkat pada 29 Ogos 2024 (Khasmis).
STR Fasa 3 ini akan melibatkan lebih 8 juta orang penerima dengan kadar bayaran seperti berikut:
Kaedah pembayarannya pula adalahs secara kredit terus ke akaun penerima. Manakala, bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau berstatus tidak aktif – pengambilan tunai boleh dibuat di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.
Pada tahun ini, peruntukan STR telah ditingkatkan sebanyak RM2 bilion atau 25 peratus daripada RM8 bilion pada tahun 2023 kepada RM10 bilion yang memanfaatkan penerima yang meliputi hampir 60% penduduk dewasa Malaysia.
Kerajaan telah mengambil pendekatan baru dengan membuka pendaftaran STR 2024 sepanjang tahun bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat mendapat manfaat daripada bantuan Kerajaan. Dengan itu, bilangan penerima yang layak dijangka terus meningkat pada tahun ini mengambil kira proses permohonan baharu dan kemas kini yang dijalankan sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.
Semakan Status STR
Bagi mereka yang telah membuat permohonan dan ingin mengetahui jumlah kelusan mereka, semakan boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Rasmi STR.
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (jika ada)
Bagi mereka yang permohonannya ditolak, rayuan masih boleh dibuat di portal sama dengan memuatnaik dokumen-dokumen berkaitan (berdasarkan alasan permohonan ditolak).
Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), ia boleh dirujuk terus di Portal Rasminya – DI SINI.