Duit Bantuan Dibayar Ahad Ini: Berikut Maklumat Jumlah Bayaran & Senarai Penuh Penerima

Dalam kehidupan seharian, masyarakat sentiasa berdepan dengan pelbagai bentuk keperluan yang menjadi asas kepada kesejahteraan hidup. Keperluan ini boleh dibahagikan kepada dua kategori utama, iaitu keperluan asas dan keperluan tambahan. Keperluan asas merangkumi perkara penting seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan, serta kesihatan.

Tanpa elemen-elemen ini, kehidupan seseorang akan terganggu dan menjejaskan kualiti hidup secara keseluruhan. Manakala keperluan tambahan pula merangkumi perkara-perkara yang meningkatkan keselesaan dan taraf hidup, seperti kemudahan teknologi, pengangkutan yang efisien, dan akses kepada hiburan.

Namun, dalam konteks masyarakat masa kini, keperluan tidak lagi terhad kepada perkara asas semata-mata. Peningkatan kos sara hidup, perkembangan teknologi, serta perubahan gaya hidup telah mewujudkan dimensi baharu dalam memahami keperluan. Misalnya, akses kepada internet kini dilihat sebagai keperluan penting bagi pendidikan, pekerjaan, malah komunikasi harian.

Begitu juga dengan kemudahan kewangan yang inklusif, bagi memastikan setiap lapisan masyarakat mampu menguruskan perbelanjaan mereka dengan lebih baik.

Selain itu, aspek keselamatan, keharmonian sosial, dan peluang pekerjaan juga menjadi sebahagian daripada keperluan masyarakat. Tanpa jaminan keselamatan dan kestabilan, masyarakat akan sukar untuk berkembang. Oleh itu, pemahaman tentang keperluan masyarakat ini sangat penting, bukan sahaja bagi individu, malah bagi pihak kerajaan dan organisasi. D

engan mengenal pasti keperluan semasa, dasar dan inisiatif boleh disusun bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terjamin, selari dengan tuntutan zaman yang semakin mencabar. Antara usaha Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan adalah dengan memperkenalkan bantuan yang meringankan beban mereka bagi menyediakan barangan keperluan harian melalui SARA.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

SARA merupakan bantuan yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan, khusus dari kalangan berpendapatan rendah atau B40.

Kriteria kelayakan SARA bagi tahun 2025 adalah seperti berikut:

  • SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024 atau pada tarikh data semakan berkala.
  • SARA Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan STR 2025
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

Kadar bantuan ini pula ditetapkan sebanyak antara RM450 hingga RM2,100 memgikut kategori penerima. Pembayarannya pula dibuat secara bulan dengan kadar antara RM50 hingga RM200 sebulan.

Berbeza dengan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang merupakan bantuan tunai dan dikreditkan terus ke akaun bank atau pengambilan tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN). Pembayaran SARA dibuat dengan cara ia dikreditkan ke MyKad penerima.

Penerima kemudiannya boleh menggunakan MyKad masing-masing untuk membuat pembelian barangan keperluan harian secara tanpa tunai. Barangan yang boleh dibeli pula adalah  beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan diri, barang kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barang keperluan sekolah.

Pembelian boleh dibuat di lebih daripada 1,200 rakan niaga di seluruh negara seperti Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Bantuan SARA Sempana Hari Kebangsaan

Namun begitu, bersempena dengan sambutan Hari Kebangaan tahun ini – pihak Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan SARA sebanyak RM100 secara ‘one-off’ kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.

RM100 ini diberikan kepada semua, tanpa mengira jumlah pendapatan bulanan. Oleh itu, sekiranya sebuah keluarga itu mempunyai ibu,bapa, dan dua orang anak berusia 18 tahun ke atas – maka jumlah keseluruhan SARA sempena Hari Kebangsaan adalah sebanyak RM400.

SARA sempena Hari Kebangsaan ini akan mula dikreditkan ke MyKad para penerima pada 31 Ogos 2025. Penerima kemudiannya boleh membuat pembelian dengannya mulai tarikh sama sehingga 31 Disember 2025.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Sekiranya, bantuan itu tidak digunakan atau tidak habis digunakan sehingga selepas 31 Disember 2025 – maka ia akan tamat tempoh dan tidak boleh digunakan lagi.

Semakan kelayakan SARA boleh dibuat secara dalam talian di Portal MyKasih dengan langkah-langkah berikut:

  • Layari Portal MyKasih;
  • Klik butang ‘Semak Kelayakan’
  • Isi maklumat nombor Kad Pengenalan (IC) di ruang yang disediakan;
  • Maklumat kelulusan SARA akan dipaparkan.

Untuk maklumat yang lebih lengkap berkenaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh dirujuk di Portal MyKasih – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *