BKM Fasa 1 mula dibayar hari ini: Cara semak kelulusan permohonan & jumlah bayaran bakal diterima
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah sebuah bantuan tunai kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.
BKM akan dilaksanakan sebanyak empat fasa untuk tahun ini, dengan menyaksikan pembayaran bagi BKM Fasa 1 bermula pada 28 Mac 2022 seperti mana yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 21 Mac lalu.
Pembayaran BKM Fasa 1 bagaimanapun akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga 8 April 2022 bagi kaedah pembayaran secara kredit terus ke akaun bank penerima.
Manakala, bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank – pengambilan bayaran BKM Fasa 1 boleh dibuat melalui kaunter cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula pada 30 Mac 2022. Berikut adalah penerangan lanjut berkenaan BKM Fasa 1: –
Jumlah Bayaran BKM Fasa 1
Kategori Penerima Isi Rumah (Berkahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
- Pendapatan Isi Rumah bawah RM2,500
- RM300 (Bilangan anak 0)
- RM300 (Bilangan anak 1- 2)
- RM300 (Bilangan anak 3 ke atas)
- Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
- RM300 (Bilangan anak 0)
- RM300 (Bilangan anak 1- 2)
- RM300 (Bilangan anak 3 ke atas)
Kategori Penerima Isi Rumah (Berkahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)
- Pendapatan Isi Rumah bawah RM2,500
- RM300 (Bilangan anak 0)
- RM300 (Bilangan anak 1 – 2)
- RM300 (Bilangan anak 3 ke atas)
- Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
- RM300 (Bilangan anak 0)
- RM300 (Bilangan anak 1 – 2)
- RM300 (Bilangan anak 3 ke atas)
Kategori Penerima Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500)
- Pendapatan Isi Rumah bawah RM2,500
- RM300 (Bilangan anak 1 – 2)
- RM300 (Bilangan anak 3 ke atas)
- Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
- RM200 (Bilangan anak 1 – 2)
- RM300 (Bilangan anak 3 ke atas)
Kategori Penerima Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
- Pendapatan bawah RM2,500
- RM200
Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas
- Pendapatan bawah RM5,000
- RM150
Semak Kelulusan
Untuk yang telah membuat permohonan atau kemaskini pada Januari lalu, semakan kelulusan BKM boleh dibuat secara atas talian melalui Portal Rasmi BKM – DI SINI. Caranya adalah seperti berikut:
- Pergi ke portal rasmi BKM
- Klik pada butang ‘Log Masuk BKM’
- Isi maklumat ‘ID Pengguna’
- Lakukan pegesahan kata kunci keselamatan (password)
- Isi maklumat ‘Kata Laluan’
- Klik butang ‘Log Masuk’
- Klik butang ‘Semakan Status’
Bagi pelbagai lagi maklumat lengkap dan terperinci, mengenai BKM, sila rujuk serta baca – DI SINI.