Pendapatan Isi Rumah Kurang Dari RM5,000. Ini Senarai Bantuan Kewangan Yang Anda Boleh Mohon

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Secara umumnya, pasti ramai dalam kalangan kita yang terjejas pendapatan isi rumahnya atas pelbagai faktor. Oleh itu, kita memerlukan bantuan kewangan tambahan untuk terus menampung kehidupan seharian.

Terdapat tiga bantuan kewangan yang anda boleh mohon jika pendapatan isi rumah keluarga anda di bawah RM5,000 Sebulan. Berikut adalah senarainya dan cara memohon:

1) Bantuan RM500 One-Off dari YR (Pendapatan isi rumah RM4,849 dan ke bawah sebulan)

Melalui Yayasan RISDA (YR) yang telah memperkenalkan sebuah skim bantuan yang dikenali sebagai Skim Insentif Pelajar UCAM (SIPU). Ini adalah penerangan berkenaan SIPU: –

Jumlah Bantuan

Pada asasnya, SIPU adalah sebuah skim bantuan yang memberikan kemudahan bantuan kewangan kepada anak-anak Pekebun Kecil, anak-anak warga kerja RISDA / Syarikat Milikan RISDA (SMR) / pesara RISDA yang melanjutkan pengajian di University College Agroscience Malaysia (UCAM).

Kepada yang layak, mereka boleh menerima bantuan kewangan sebanyak RM500 secara ‘one-off’ seorang. Untuk mendaftar dan memohon boleh pergi ke pautan berikut: https://semakanbantuan.com/2022/03/16/bantuan-kewangan-rm500-one-off-dari-yr/

2) Bantuan Kewangan YPM (Pendapatan keluarga tidak melebihi RM 3,000.00 sebulan)

Pihak Yayasan Pelajaran Mara (YPM) menyediakan Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP).

Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP) diwujudkan bagi menyediakan bantuan kewangan secara one-off bagi meringankan beban pelajar yang mengalami masalah kewangan semasa mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi.

Perlaksanaan SDEP yang diberi sekali dalam tempoh pengajian sebagai salah satu langkah untuk membela nasib pelajar dari keluarga berpendapatan rendah agar mereka dapat meneruskan pengajian tanpa sebarang kesulitan disamping memberi dorongan memperoleh keputusan akademik yang cemerlang dan tamat pengajian.

Untuk mereka yang layak, permohonan boleh dilakukan dengan memuat turun borang di pautan berikut: https://www.ypm.org.my/index.php/muatturun/borang#sdep (KLIK SINI)

3) Bantuan Wang Asasi RM3,920 Setahun (pendapatan keluarga dari kelompok B40 dan M40)

Bantuan Kewangan Asasi oleh KPM yang mungkin ramai terlepas pandang. Pelajar akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM 3,920 setahun/sepanjang tempoh pengajian. Pecahan kepada bantuan kewangan sebanyak RM3,920.00 adalah seperti berikut:

  1. Elaun Wang Saku : RM 2,500.00 setahun
  2. Yuran Pengajian dan Yuran Penginapan : RM1,420.00 setahun
  3. Tambang penerbangan sekali (pergi dan balik untuk pelajar Sabah, Sarawak dan Labuan atau sebaliknya).

Untuk mendaftar dan memohon boleh pergi ke pautan berikut: https://semakanbantuan.com/2022/03/05/mohon-bantuan-kewangan-asasi/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *