Jumlah Rasmi Bayaran STR Fasa 3 yang telah dibayar ke akaun isi rumah, bujang & warga emas

< /a>

Advertisement

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan, sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan dan memerlukan. Antaranya adalah bantuan-bantuan tunai di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat.

Hal itu termasuklah dengan meneruskan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada mereka daripada kalangan B40 dan M40. Bantuan ini juga pada asasnya merupakan kesinambungan bantuan-bantuan sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPN), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan pelbagai lagi.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Seperti mana tahun-tahun sebelum ini, STR juga diberikan dengan tujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup.

Ia juga diberikan kepada kategori isi rumah, bujang dan warga emas yang menepati syarat-syarat kelayakan:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Dalam masa sama, dimaklumkan bahawa individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta – hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Advertisement

Bayaran STR Fasa 3

Pembayaran STR dibuat secara berfasa (4 fasa) dengan cara kredit terus ke akaun penerima atau pengambilan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank.

Pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2 telah pun selesai diagihkan kepada yang layak pada bulan Januari dan April 2024 lalu. Manakala, pembayaran STR Fasa 3 pula, mula dikreditkan secara berperingkat pada 29 Ogos 2024 lalu.

STR Fasa 3 ini akan melibatkan lebih 8 juta orang penerima. Berikut adalah maklumat pembayaran STR Fasa 3 bagi setiap kategori:

  • Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • Bilangan anak 0: RM150
    • Bilangan anak 1 – 2: RM350
    • Bilangan anak 3 – 4: RM500
    • Bilangan anak 5 & ke atas: RM650
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM150
    • Bilangan anak 1 – 2: RM200
    • Bilangan anak 3 – 4: RM250
    • Bilangan anak 5 & ke atas: RM300
  • Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • Kadar STR: RM50
  • Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah
    • Kadar STR: RM150

Di samping itu, bagi tahun 2024 ini – permohonan baharu STR dibuka sepanjang tahun dan boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Rasmi STR.

Permohonan juga boleh dibuat secara manual dengan mengisi Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di Portal Rasmi STR atau Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL.

Borang yang lengkap bersama dokumen-dokumen sokongan kemudiannya perlu diserahkan Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL.

Pada tahun ini, peruntukan STR telah ditingkatkan sebanyak RM2 bilion atau 25 peratus daripada RM8 bilion pada tahun 2023 kepada RM10 bilion yang memanfaatkan penerima yang meliputi hampir 60% penduduk dewasa Malaysia.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), ia boleh dirujuk terus di Portal Rasminya – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *