RM450 Dikreditkan Terus Ke Akaun Penerima Sebelum 10 Julai 2025: Maklumat Penuh Bantuan EPOKU

Golongan B40, yang merangkumi 40% isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, terus berdepan dengan pelbagai cabaran dalam kehidupan seharian. Mereka bukan sahaja terkesan dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin mencengkam, malah turut bergelut dengan isu-isu seperti akses kepada pendidikan berkualiti, penjagaan kesihatan, perumahan mampu milik dan peluang pekerjaan yang stabil.

Dalam situasi ekonomi yang tidak menentu, golongan ini sering kali menjadi kumpulan paling terdedah terhadap kesan inflasi, kehilangan pekerjaan dan kecemasan kewangan yang tidak dijangka.

Salah satu cabaran utama ialah pendapatan yang rendah dan tidak konsisten, terutamanya bagi mereka yang bekerja dalam sektor tidak formal seperti peniaga kecil, pemandu e-hailing, dan pekerja sambilan. Dengan pendapatan bulanan yang terhad, ramai dalam kalangan B40 menghadapi kesukaran untuk menabung, apatah lagi untuk membuat perancangan kewangan jangka panjang. Akibatnya, ramai yang mudah terperangkap dalam kitaran hutang demi menampung keperluan asas seperti makanan, bil utiliti dan pendidikan anak-anak.

Selain itu, cabaran dari sudut sosial juga wujud. Ketidaksamaan akses terhadap teknologi dan pendidikan digital menyebabkan jurang pembelajaran antara B40 dan golongan lain semakin melebar. Ketiadaan peranti dan capaian internet yang baik menyukarkan anak-anak daripada keluarga B40 untuk mengikuti pembelajaran dalam talian secara efektif.

Namun begitu, pelbagai inisiatif dan bantuan kerajaan telah diperkenalkan untuk membantu golongan ini, termasuk bantuan tunai, subsidi, latihan kemahiran, serta skim perumahan. Meskipun langkah ini memberi sedikit kelegaan, cabaran yang dihadapi B40 memerlukan pendekatan menyeluruh dan berterusan agar mereka tidak terus ketinggalan dalam arus pembangunan negara.

Pihak Kerajaan juga telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kebajikan kepada golongan ini, terutamanya di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)

Antara bantuan yang diperkenalkan oleh JKM adalah Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU). Bantuan ini diberikan sebagai insetif kepada pekerja OKU agar mereka terus bekerja, mampu berdikari dan produktif.

Kadar bantuan ini ditetapkan sebanyak RM450 seorang dan dibayar setiap bulan. Tarikh pembayaran pula adalah sebelum 10 hari bulan setiap bulan.

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
  • Berumur 16 tahun ke atas dan bukan penuntut di mana-mana institusi pendidikan;
  • Pemegang kad OKU yang berdaftar dengan JKM;
  • Pendapatan bulanan minimum RM100.00 sehingga RM1,700.00 (gaji pokok, elaun, kerja lebih masa, pendapatan dari sewa rumah, pencen, zakat, sumbangan dan lain-lain sumber); atau
  • Kes-kes yang melebihi pendapatan RM1,700.00 atau lain-lain perkara yang munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri/ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/ Labuan (PKMN/WPKL/WPL).

Cara Memohon

Bagi yang hendak memohon, permohonan EPOKU boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat. Pemohon juga perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut ketika hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat:

  • Salinan MyKad pemohon;
  • Salinan kad OKU/ slip pendaftaran sementara kad OKU;
    • Surat/ Penyata pendapatan daripada majikan; atau
    • Akuan pendapatan daripada Penghulu/ Penggawa/ Pemimpin masyarakat atau mana-mana individu yang diangkat atau dipilih untuk memimpin dan mewakili masyarakat di peringkat setempat oleh Kerajaan sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan (Lampiran 4): Borang Pengesahan Pendapatan/ Pekerjaan) jika bekerja sendiri; atau
    • Pesuruhjaya Sumpah (jika bekerja sendiri);
  • Salah satu salinan bil utiliti seperti bil air/ elektrik/ telefon dan lain-lain (bagi tujuan pengesahan alamat);
  • Salinan penyata akaun bank terkini/ slip pengesahan akaun bank terkini; dan
  • Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (jika perlu).

Maklumat terperinci tentang EPOKU boleh dilihat di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Info Tambahan

Sebuah lagi bantuan di bawah JKM adalah Bantuan Orang Kurang Upaya Tidak Mampu Bekerja (BTB) dengan kadar RM300 setiap bulan. Tujuan utama bantuan ini adalah bagi membantu OKU yang tidak berupaya bekerja dan menggalakkan OKU terus tinggal bersama keluarga.

Syarat-syarat kelayakan bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia dan bermaustatin di Malaysia.
  • Berumur 16 tahun sehingga 59 tahun;
  • Pemegang kad OKU yang berdaftar dengan JKM;
  • Tidak berupaya bekerja berdasarkan faktor-faktor berikut:
    • Kefungsian yang terhad dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria dalam melakukan sesuatu pekerjaan; atau
    • Persekitaran yang menghalang pemohon untuk akses kepada pekerjaan;
  • Pemohon bukan penghuni / pelatih institusi kendalian JKM; atau Pusat Jagaan Harian / Berkediaman (yang menerima Geran Rangsum); dan menyediakan perkhidmatan / kemudahan secara percuma atau Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK);
  • Pengesahan ketidakupayaan pemohon untuk bekerja perlu diperolehi daripada Pakar / Pegawai Perubatan / Pengesahan Pakar Psikiatri Kerajaan/ Swasta yang berdaftar bagi kes OKU Mental; atau dalam keadaan tertentu memadai dengan pengesahan Pegawai JKM dan direkodkan dalam laporan siasatan; (Contoh pengesahan kategori OKU Fizikal ketara seperti kudung dan lain-lain yang bersesuaian);
    • Pendapatan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; atau
    • Kes-kes yang melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa atau lain-lain perkara yang munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimban dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarkat Negeri/Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Labuan (PKMN/WPKL/WPL).

Maklumat lengkap tentang bantuan ini, sila lihat juga di Portal Rasmi JKM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *