Pendapatan isi rumah bawah RM3,000/sebulan: Ini cara memohon bantuan BKPKK RM3,600 setahun
Bagi membantu mereka yang memerlukan, pihak kerajaan Malaysia telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan dan inisiatif kepada yang berkelayakan.
Antaranya termasuklah melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang memperkenalkan bantuan khusus kepada pelajar-pelajar Kolej Komuniti iaitu Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK).
Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan BKPKK di bawah KPM: –
Kadar Bantuan BKPKK
Untuk makluman, BKPKK adalah sebuah bantuan kewangan yang diberikan kepada pelajar Kolej Komuniti selama 2 semester sahaja. Bagi satu semester (6 bulan), pelajar yang layak akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM1,800.
Makanya, untuk dua semester iaitu 12 bulan atau setahun, pembayaran BKPKK adalah sebanyak RM3,600 kepada setiap pelajar yang layak.
Syarat-syarat Kelayakan BKPKK
- Pemohon hendaklah merupakan warganegara Malaysia;
- BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil);
- Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibu bapa /penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibu bapa sebanyak RM3,000 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah;
- Menandatangani dua salinan perjanjian (tanpa penjamin);
- Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga; dan
- Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.
Cara Memohon
Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan BKPKK yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat melalui i pusat Kolej Komuniti masing-masing.
Untuk maklumat tambahan, pelajar yang layak menerima BKPKK sepanjang setahun atau dua semester ini hendaklah mendapat CGPA sekurangnya 2.0 untuk melayakkan diri menerima bantuan kewangan pada semester kedua.
Manakala, sekiarnya pelajar tidak mencapai CGPA sekurangnya 2.0 pada semester pertama, bantuan kewangan ini akan diberhentikan serta merta.
Bagi maklumat lengkap dan penerangan terperinci berkenaan BKPKK, sila baca di portal rasmi KPM atau DI SINI.