RM300 Dikreditkan Terus Ke Akaun Bulan Ini (Mei 2025): Ini Maklumat Penuh Bantuan SKR 2025
Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Dalam konteks ekonomi semasa yang mencabar dengan kos sara hidup yang terus meningkat, golongan ini sering terdedah kepada pelbagai tekanan kewangan dan sosial. Keperluan mereka bukan sahaja merangkumi bantuan kewangan semata-mata, tetapi turut meliputi akses kepada pendidikan berkualiti, perkhidmatan kesihatan yang mampu milik, peluang pekerjaan yang adil serta perumahan yang selesa dan selamat.
Sebahagian besar daripada golongan B40 terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan bandar dan luar bandar. Mereka mungkin bekerja dalam sektor tidak formal, bergaji rendah atau terpaksa melakukan pelbagai kerja demi menampung kehidupan seharian. Keadaan ini menjadikan mereka sangat terdedah kepada kesan negatif seperti kemiskinan berterusan, keciciran pelajaran anak-anak, masalah kesihatan yang tidak dirawat serta kesenjangan sosial yang semakin melebar.
Oleh itu, usaha menangani keperluan golongan B40 memerlukan pendekatan menyeluruh dan bersepadu. Kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), sektor swasta dan masyarakat awam perlu bekerjasama dalam menyediakan jaringan keselamatan sosial yang kukuh serta peluang mobiliti ekonomi yang sebenar. Inisiatif seperti subsidi bersasar, bantuan tunai, latihan kemahiran, dan peluang keusahawanan mampu mengubah masa depan mereka jika dilaksanakan dengan berkesan.
Memahami keperluan golongan B40 bukan sekadar soal statistik, tetapi soal kemanusiaan. Ia mencerminkan sejauh mana kita sebagai sebuah negara prihatin terhadap kebajikan semua lapisan masyarakat, terutama mereka yang paling memerlukan.
Oleh itu, terdapat pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan bagi meringankan beban golongan berkenaan, sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Antaranya adalah dengan memperkenalkan bantuan secara tunai secara bulanan dan berikut adalah penjelasan lanjutnya.
Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat (SKR) 2025
Program Sentuhan Kasih Rakyat (SKR) adalah sebuah bantuah inisiatif yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sabah di bawah Belanjawan Negeri 2025.
Bantuan ini pada asasnya merupakan pemberian bantuan tunai khas sebanyak RM300 setiap bulan kepada golongan miskin dan miskin tegar di negeri itu bagi tempoh satu tahun.
Objektif utama bantuan ini adalah:
- Meringankan beban kewangan penerima, khususnya untuk mendapatkan keperluan asas;
- Membantu golongan yang memerlukan supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa; dan
- Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di negeri Sabah.
Syarart-Syarat Kelayakan SKR 2025
- Individu berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024:
- Warganegara Malaysia; dan
- Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya 1 tahun; dan
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H’.
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang berstatus miskin dan miskin tegar di dalampangkalan data eKasih dan Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024; dan
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada pendapatan garis kemiskinan (PGK);
- Ketua Isi Rumah (KIR) kategori miskin (seorang penerima sahaja); atau
- Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan. Sekiranya tidak mempunyai pasangan, salah satu Ahli Isi Rumah layak bagi kategori miskin tegar; atau
- Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan serta satu (1) Ahli Isi Rumah anak di bawah tanggungan berumur 18 tahun ke atas bagi kategori miskin tegar sekiranya penerima di para (e) masih di bawah paras kemiskinan tegar.
Untuk makluman, Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Isi Rumah miskin bagi Negeri Sabah ditetapkan apabila sesebuah isi rumah itu berpendapatan bulanan kurang daripada RM2,742 dengan nilai per kapita RM671 setiap individu.
Manakala, miskin tegar pula adalah isi rumah yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM1,218 dengan nilai per kapita RM288 setiap individu.
Pembayaran Bantuan SKR 2025
Pembayaran SKR dibuat sebanyak empat fasa dengan pembahagian seperti berikut:
- Fasa 1: Januari – Mac (Pakej Hari Raya Aidilfitri) RM900
- Fasa 2: April – Jun (Pakej Hari Kaamatan) RM900
- Fasa 3: Julai – September (Pakej Merdeka) RM 900
- Fasa 4: Oktober – Disember (Pakej Hari Krismas) RM900
Cara pembayarannya pula adalah secara:
- Disalurkan terus ke akaun bank penerima; atau
- Diberikan secara tunai; atau
- Dikreditkan dalam e-Wallet YONO.
Bagi penerima yang dibayar secara tunai, tuntutan tunai boleh dibuat di cawangan-cawangan Perbadanan Pinjaman Sabah (SCC) terdekat.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon SKR 2025
Bagi yang menepati kriteria kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) di Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
Bagi yang telah membuat permohonan, semakan status kelulusan dan pembayaran boleh dibuat melalui Portal Syukur Sabah. Selain itu, notifikasi pembayaran (SMS) juga akan dihantar kepada penerima setiap kali pembayaran dilaksanakan.
Maklumat lebih terperinci berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat (SKR), sila rujuk di Portal PADANS – DI SINI.



