Permohonan Jawatan Kosong Bawah Agensi Kerajaan April – Mei 2025: Gaji RM2,256 – RM6,942

Agensi Kerajaan melaui IKIM kini sedang membuka pengambilan kekosongan jawatan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.

Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain. Berikut adalah maklumat berkenaan kekosongan jawatan- jawatan yang dibuka: –

Jawatan Kosong Agensi Kerajaan – IKIM

  1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N5
    • Kumpulan: Pelaksana
    • Taraf Jawatan: Tetap
    • Jadual Gaji: RM2,256 – RM6,942
  2. PEMBANTU TEKNIK PENYIARAN GRED JA5
    • Kumpulan: Pelaksana
    • Taraf Jawatan: Tetap
    • Jadual Gaji: RM2,256 – RM6,942

Syarat-Syarat Kelayakan

PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N5

  • Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang daripada 23 tahun (kecuali kes kecemerlangan istimewa) pada tarikh tutup iklan jawatan;
    • Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Matrikulasi KPM; atau
    • Diploma dalam  bidang berkaitan yang diiktiraf oleh IKIM daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia (sekurang-kurangnya Gred C termasuk lulus Ujian Lisan), pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Mempunyai pengalaman tidak kurang dua (2) tahun dalam bidang berkaitan; dan
  • Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai sahsiah diri yang baik, pengalaman bekerja yang sewajarnya.

PEMBANTU TEKNIK PENYIARAN GRED JA5

  • Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang daripada 23 tahun (kecuali kes kecemerlangan istimewa) pada tarikh tutup iklan jawatan;
    • Memiliki sekurang-kurangnya Sijil dalam bidang kejuruteraan elektrik/elektronik, telekomunikasi, kejuruteraan audio, kejuruteraan komputer atau yang berkaitan dengannya yang diiktiraf oleh IKIM daripada Politeknik Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf; atau
    • Diploma dalam bidang kejuruteraan elektrik/elektronik. telekomunikasi, kejuruteraan audio, kejuruteraan komputer atau yang berkaitan dengannya yang diiktiraf oleh IKIM daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia (sekurang-kurangnya Gred C termasuk lulus Ujian Lisan), pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Mempunyai pengalaman tidak kurang dua (2) tahun bagi pemegang Diploma dan tiga (3) tahun bagi pemegang Sijil Politeknik dalam bidang berkaitan; dan
  • Calon perlu bersedia untuk bekerja dalam waktu syif dan semasa cuti umum. Calon juga perlu bersedia untuk bekerja di luar kawasan (outstation);
  • Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman di dalam penyiaran radio dan mempunyai kemahiran di dalam sistem audio, audio mixer, radio automation system, system networks (LAN networking, computer networking, data networking dan sebagainya), audio over IP (AoIP), outside broadcasting, sistem pemancar dan lain-lain yang berkaitan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Deskripsi Tugas

PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N5

  • Mengurus hal-ehwal pentadbiran pejabat (memo dalaman) yang berkaitan dengan program dan aktiviti IKIM;
  • Mengurus keperluan Penceramah/Pembentang/Pengerusi/Ahli Panel/Moderator;
  • Menyediakan serta menghasilkan reka bentuk pelbagai rekaan untuk kegunaan program IKIM;
  • Mengurus, menyelaras dan mengemas kini iklan dan promosi program IKIM di Radio IKIM, TVIKIM dan media sosial berkaitan;
  • Mengurus dan mengendalikan Pembekal Makanan (Caterer);
  • Mengurus dan mengendalikan hal-hal yang berkaitan dengan protokol di IKIM;
  • Mengendali program IKIM sebagai Pegawai Perhubungan (Liaison Officer), Pengacara Majlis, Pembaca Doa dan Floor Manager;
  • Mengurus dan mengumpulkan bahan-bahan Program (Softcopy) untuk dimuatnaik ke dalam sistem pengurusan Aset Digital (IDAM) seperti yang berikut; dan
  • Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

PEMBANTU TEKNIK PENYIARAN GRED JA5

  • Membantu Penerbit-penerbit dalam kerja-kerja teknikal produksi seperti rakaman, penyuntingan, ‘mixing’ dan lain-lain bagi menghasilkan bahan rancangan yang akan disiarkan pada tahap kualiti penyiaran yang tinggi;
  • Melaksanakan kerja-kerja operasi teknikal dan penyelenggaraan seperti monitor operasi studio ‘on-air’, bilik EDIT, bilik Kawalan Pusat (MCR) dan mengambil tindakan langkah-langkah pembaikan segera atas peralatan jika berlaku sebarang kerosakan dan siaran tergendala;
  • Memantau operasi sistem pemancar radio di kesemua stesen-stesen pemancar seluruh Malaysia dan mengambil tindakan langkah-langkah pembaikan segera dengan menghubungi pihak Network Operation Center (NOC) Celcom dan Telekom Malaysia (TM) jika berlaku kerosakan atau siaran tergendala;
  • Melaksanakan kesemua kerja-kerja operasi teknikal bagi sesuatu rakaman luar dan siaran langsung luar dari mana-mana lokasi termasuklah dari persiapan teknikal seperti ujian talian siaran langsung;
  • Bertindak sebagai pegawai yang bertanggungjawab bagi urusan operasi studio penyiaran terutamanya dari segi teknikal pada waktu-waktu syif dan cuti-cuti umum;
  • Membuat kerja-kerja penyelenggaraan (maintenance) berjadual ke atas semua peralatan penyiaran, sistem studio dan pemancar serta membuat laporan operasi teknikal dan kerosakan ke atas peralatan tersebut;
  • Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan yang ditawarkan ini boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan.

Permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan surat permohonan berserta keterangan peribadi dan latar belakang kerjaya diri yang lengkap (resume/CV) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) ke alamat:

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 KUALA LUMPUR
(u.p.: Unit Modal Insan (UMIN))

Calon perlulah hanya memohon jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan dan memberikan maklumat yang benar serta tepat bagi memudahkan urusan permohonan jawatan yang dibuka.

Tarikh tutup permohonan pada 29 April dan 8 Mei 2025. 

Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan. Permohonan dianggap tidak berjaya sekiranya calon tidak dihubungi dalam tempoh 30 hari dari tarikh iklan ditutup.

Maklumat terperinci berkenaan kekosongan jawatan dan permohonan boleh diteliti DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *