Bantuan Tunai RM1,200 dibayar bulan depan: Maklumat penerima, tarikh & cara pembayaran

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Antaranya adalah bantuan kewangan kepada golongan B40 dan M40 melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023.

Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:-

Bantuan Tunai STR

STR pada asasnya merupakan sebuah bantuan tunai yang diberikan sebanyak empat Fasa kepada golongan B40 dan M40 berkelayakan.

Pembayaran STR Fasa 1 hingga Fasa 3 telah pun dibuat kepada yang layak dengan kadar tertentu berdasarkan kategori pendapatan.

Pembayaran STR Fasa 3 misalnya telah selesai dikreditkan sebelum sambutan Hari Raya Haji lalu. Manakala, pembayaran STR Fasa 4 pula akan dilaksanakan selepas ini.

Penerima & Kadar STR Fasa 4

Rumah Pendapatan RM2, 500 & ke bawah:

  • Bilangan anak 0: RM200
  • Bilangan anak 1 – 2: RM600
  • Bilangan anak 3 – 4:
    RM900
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,200

Pembayaran bagi kategori-kategori lain pula adalah seperti di bawah:

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 1 – 2: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 3 – 4: RM300
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM500

Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)

  • STR Fasa 4: RM200

Tarikh Pembayaran

Pembayaran STR Fasa 4 dijadualkan pada bulan November 2023. Namun begitu, tarikh rasmi pembayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa berdasarkan keputusan Kerajaan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Berkenaan dengan cara pembayarannya pula, ia akan dibuat secara kredit terus ke akaun bank penerima. Bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank atau berstatus tidak aktif, pengambilan tunai boleh dibuat di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Bagi mereka yang ingin membuat semakan status kelulusan, dan maklumat lengkap berkenaan bantuan ini ia boleh diteliti di Portal Rasmi STR – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *