Bantuan Khas RM300 telah dikreditkan kepada yang layak: Berikut senarai penuh penerima

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Antaranya adalah bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan di bawah Bantuan Khas Penghargaan.

Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan tunai ini:-

Bantuan Khas Penghargaan

Ketika di Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM300 dan RM200.

Bantuan kewangan berkenaan diberikan kepada penerima berikut:

  • RM300: Diberikan kepada para pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah termasuk pegawai/kakitangan lantikan kontrak.
  • RM200: Diberikan kepada semua pesara Kerajaan, termasuk para pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.
  • Advertisement
    Advertisement

Dalam masa sama, mereka yang berkhidmat sebagai pegawai Personel MySTEP turut layak menerima bantuan khas penghargaan ini dengan syarat mereka telah dilantik sebelum 10 Ogos 2023 dan masih berkhidmat pada 10 Ogos 2023.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Pembayaran

Berdasarkan kenyataan rasmi daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pembayaran Bantuan Khas Penghargaan akan dibuat pada 10 Ogos 2023.

Cara pembayarannya pula akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima yang menepati syarat-syarat kelayakan.

Bagi maklumat lengkap berkenaan bantuan ini ia boleh diteliti di Portal Rasmi JPA – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *